Berita

“Tuanku Permaisuri Agong Tanya Tentang Isu Terkini di Twitter” – Dr. Amalina Tak Sangka Permaisuri Agong ‘Follow’ Akaun Twitter

Fiza Kamarudin
11/12/2019
14:06 MYT
Pakar bedah, Dr. Amalina Che Bakri tidak menyangka Tuanku Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merupakan pengikutnya di laman sosial Twitter.
Dr. Amalina dengan merendah diri mendedahkan perkara tersebut menerusi perkongsian terbarunya di laman sosial Instagram (IG) dan Twitter.
Kongsinya lagi, Tuanku Permaisuri turut bertanya tentang isu terkini di Twitter ketika mencemar duli menghadiri majlis santapan malam dengan komuniti Malaysia di London.
“Tuanku Permaisuri tanya saya tentang isu semasa di Twiiter. Saya tak sangka Tuanku Permaisuri ikut saya di Twitter.
“Terima kasih Tuanku. Raja yang berjiwa rakyat, ampun Tuanku beribu-ribu ampun sembah patik harap di ampun,” tulisnya.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba di London dua hari lalu untuk melakukan lawatan khas di United Kingdom (UK) bermula 9 Disember hingga 16 Disember ini.
Kementerian Luar memaklumkan, lawatan itu melambangkan kepentingan memelihara hubungan dua hala yang dijalin sejak sekian lama antara Malaysia dan UK, terutama antara kerabat diraja kedua-dua negara.
Al-Sultan Abdullah juga akan diberi penghormatan untuk menerima tabik hormat pada perbarisan bersempena istiadat pentauliahan diraja anakanda baginda Pemangku Raja Pahang​​, Tengku​​​​ Hassanal Ibrahim Alam Shah di Akademi Tentera Diraja Sandhurst pada 13 Disember.
Al-Sultan Abdullah pernah menimba ilmu ketenteraan di akademi berkenaan dari 1978 hingga 1979.
Lawatan khas ke UK adalah yang keempat oleh Al-Sultan Abdullah selepas lawatan khas baginda ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Jepun masing-masing pada Jun, Julai dan Oktober lepas sejak ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Januari.
Sementara itu, Raja Permaisuri Agong akan melakukan lawatan ke Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) Biro Dunia dan bangunan Associated Country Women of the World.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Scammer Ubah Suai Gambar Bersama Ibu Untuk Perdaya Mangsa, Dr Amalina Minta Report Akaun Facebook Palsu Guna Namanya

gempak
23/11/2022
14:25 MYT
Bahaya ni...
Laman Utama

Kongsi Tip Berpantang Secara Saintifik, Dr Amalina Nasihat- "Elak Hubungan Seks Sehingga..."

gempak
26/10/2022
23:46 MYT
Menarik Tip Berpantang Dr Amalina
Laman Utama

Selepas 4 Hari Bersalin, Dr Amalina Dah Bawa Anak Jalan-Jalan… Ramai Puji Bella Cute!

gempak
20/10/2022
23:50 MYT
Comelnya sangat
Laman Utama

Bersalin Di London, Dr Amalina Tayang Muka Baby Arabella Mia!

gempak
18/10/2022
09:29 MYT
Comelnya Arabella Mia
Laman Utama

“Kebanggaan Rasulullah Atas Setiap Anak Itu Ialah…”- Ustaz Ahmad Dasuki Respon Isu Dr Amalina Pilih Kerakyatan British Untuk Anak

gempak
13/09/2022
07:47 MYT
Ustaz Ahmad Dasuki Respon Isu Dr Amalina Pilih Kerakyatan British Untuk Anak