Selepas berjaya menempa nama di Hollywood, pelakon kelahiran Malaysia Henry Golding, 32, membuat keputusan untuk mengembangkan kerjaya dan bakat terpendamnya dengan menubuhkan sebuah syarikat produksi.

Menerusi laporan The Malay Mail, pelakon Crazy Rich Asians itu dikatakan bekerjasama dengan sebuah syarikat dari China menubuhkan syarikat produksi Long House Productions.

Menurut Henry, dia mahu menjadikan produksi itu sebagai platform utamanya untuk menghasilkan lebih banyak karya.

"Antara karyanya adalah untuk tampil kisah pengalamannya menetap di pelbagai negara seluruh dunia.

“Saya teruja untuk membawa kisah daripada pengalaman saya sendiri sepanjang menetap di Asia, London, Amerika Syarikat dan beberapa tempat lain di seluruh dunia.

"Saya mahu terjemahkan dalam sebuah filem. Ini yang saya sedang usahakan,” katanya.

Untuk makluman, pelakon kelahiran Sarawak ini mula mencipta nama di Hollywood apabila membintangi watak utama filem Crazy Rich Asians.

Terbaru Henry dikatakan bakal membintangi filem Last Christmas di samping Emilia Clarke selain bakal tampil dalam filem The Gentleman arahan Guy Ritchie.