gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Anak Perempuan Jadi Pramugari Singapore Airlines, Kak KM Umpama 'Hilang Jiwa' - "Ada Duit Lebih Kita Beli Rumah Sana"
HIBURAN
Michael Ang Anggap Gurauan Tentang Penyakit Kelamin Sebagai Tidak Bermoral - “It’s Not Funny…”
HIBURAN
Amir Ahnaf Masuk ‘Squid Game’? Netizen Kata Sesuai Ganti Thanos! - “Menjadi Dia Bawa Watak Itu”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Tuduh Mangsa Terselamat Nahas Air India Menipu, Pelakon Bollywood Akhirnya Minta Maaf

gempak
Gempak
23/06/2025
18:55 MYT
Sponsor Banner
Tuduh Mangsa Terselamat Nahas Air India Menipu, Pelakon Bollywood Akhirnya Minta Maaf
Pelakon Bollywood, Suchitra Krishnamoorthi mencetuskan kontroversi selepas mempertikaikan kisah mangsa terselamat tunggal nahas pesawat Air India, Vishwash Kumar Ramesh, yang dilaporkan terselamat dalam tragedi mengorbankan sekurang-kurangnya 260 orang pada 12 Jun lalu di Ahmedabad, India.
Suchitra mendakwa Vishwash berbohong mengenai pengalamannya dalam nahas tersebut menerusi satu hantaran di platform media sosial X, namun menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf selepas menerima kecaman hebat daripada orang ramai.
Kenyataan kontroversi itu dimuat naik oleh Suchitra sebagai respons kepada khabar angin yang berlegar di media sosial, yang menuduh Vishwash mereka-reka cerita untuk meraih simpati.
Dalam hantaran yang kini telah dipadam, beliau menulis:“Jadi #vishwaskumarramesh ini berbohong tentang menjadi penumpang kapal terbang dan satu-satunya yang terselamat? Ini sangat pelik. Bukankah keluarganya di UK sahkan cerita itu? Macam mana pula dengan pengebumian abangnya yang dia turut serta dan memikul jenazah? Kalau benar dia menipu, dia bukan sahaja perlu dihukum berat, malah patut dimasukkan ke hospital mental,".
Hantaran itu mengundang kemarahan netizen dan masyarakat umum, yang menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak berperikemanusiaan dan tidak berasas, memandangkan Vishwash telah mengalami trauma fizikal dan emosi akibat tragedi berkenaan.
Ekoran reaksi balas yang meluas, Suchitra memadam kenyataan tersebut dan memohon maaf secara terbuka.
“Saya akui saya tersilap. Saya mohon maaf kepada Vishwash Kumar Ramesh dan keluarganya atas kenyataan yang tidak sensitif itu,” tulisnya dalam satu kenyataan susulan.
Sebelum ini, Perdana Menteri India, Narendra Modi, turut melawat Vishwash di hospital Ahmedabad dan menyampaikan ucapan takziah serta sokongan moral atas keberaniannya menghadapi insiden yang mengorbankan kesemua penumpang dan anak kapal lain dalam Penerbangan AI171.
Vishwash dilaporkan duduk di tempat duduk 11A, dan berjaya menyelamatkan diri selepas badan pesawat terbelah dan terbakar sejurus mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel.
Keluarga Vishwash menegaskan bahawa mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan fitnah dan maklumat palsu berkaitan mangsa tersebut.
SUMBER: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pelakon
#India
#Mangsa
#Tuduh
#Terhempas
#Kapal
#Terbang
#Selamat
#Nahas
Must-Watch Video