Selepas mencetuskan kontroversi sebelum ini, pelakon, Fathia Latiff kini tampil memberikan pandangannya mengenai pemakaian tudung.

Menerusi satu video yang tular di TikTok, Fathia berpendapat pemakaian tudung itu bukanlah satu perkara wajib sebaliknya menutup aurat adalah kewajipan utama bagi wanita muslim.

“Okay lah saya jadi ustazah lah kejap. Tudung itu bukan wajib tapi menutup aurat itu wajib.

“Bak kata satu ustaz ini dia cakap nak pakai timba dekat kepala pun boleh, janji menutup aurat,” ujarnya.

@fatiya.latiff tudung bukan wajib menutup aurat itu wajib?maksud seakan sama tapi lain lain?apa pandangan korang??? #fatiyalatiff #fathialatif #bibik #viral #fyp #fatiyalatif ♬ original sound - FATIYA LATIFF

Difahamkan, Fathia mengeluarkan kenyataan tersebut selepas ditanya oleh salah seorang pengikutnya ketika melakukan sesi siaran langsung.

Sehingga kini, video tular itu telah mendapat lebih 326,000 tontonan dan hampir 300 komen.

Antara komen yang diterima adalah:

“Betul lah dia cakap tudung tak wajib tutup aurat tu wajib tapi paling mudah sekarang ni pakai tudung lah,”

“Dia cakap tu betul. Tapi tulah takda orang nak keluar pakai helmet pakai baju hujan baggy,”

BERITA TRENDING: “Bukan Nak Hancurkan Rumah Tangga Orang, Boyfriend Saya Lagi Hot Kot,” - Fathia Latiff

Terdahulu nama Fathia hangat diperkatakan netizen selepas mengkritik rupa paras Zahirah MacWilson seperti bibik.

PILIHAN PEMBACA: "Saya Lebih Cantik Daripada Dia" - Fathia Latiff Sindir Wajah Zahirah McWilson Seperti Bibik?

Selepas Zahirah, Fathia yang kini bertugas sebagai kerani di pusat guaman bergaduh dengan bekas kawan baiknya iaitu Zarina Anjoulie pula.

BERITA TRENDING: Berkelakuan Aneh, Netizen Dakwa Fathia Latiff Dalam Fasa ‘Tak Sihat’? - “Dia Tengah Manic La”

Disebabkan itu, netizen mendakwa Fathia mengalami masalah mental dan memerlukan pertolongan.

BERITA TRENDING: "I Tak Mental, Kalau Tak I Dah Kat Hospital Tanjung Rambutan" - Fathia Latiff

Untuk rekod, Aiman dan Fathia pernah menjalin hubungan cinta selama dua tahun, namun mereka berpisah pada 2015.

BERITA TRENDING: "I Know You Still Love Me" - Fathia Latiff