Pelakon Sharifah Amani meluah rasa kesal ekoran tragedi pembunuhan lelaki berkulit hitam di Amerika Syarikat, George Floyd yang membawa isu rasis di negara itu.

Menurut Amani, sifat rasis boleh wujud dalam satu bangsa apabila mereka merasakan diri mereka lebih hebat berbanding bangsa lain.

"Izinkan mereka bernafas, inilah akibatnya bila kau fikir satu bangsa itu lagi hebat daripada yang lain, Tuhan cipta kita semua sama.

"Tak kisah lah Melayu, Cina, India, White, African American, Rohingya atau lain-lain, kita semua sama," tulisnya di Instagram.



Dalam pada itu, Amani juga mengajak orang ramai untuk saling mengenali golongan yang dianggap berbeza dengan diri mereka.

"Berhubunglah dengan sesiapa yang dianggap berbeza dengan diri kamu, belajar untuk menerima dan kenal orang yang kamu rasa lain dengan kamu.

"Terima kelainan itu dengan kasih sayang," tulisnya lagi.

Izinkan mereka bernafas. ?❤️? Ini lah akibatnya bila kau pikir satu bangsa itu lagi hebat daripada yang lain. Tuhan cipta kita semua sama. Tak kisah lah Melayu, Cina, India, White, African American, Rohingya atau dan lain lain. Kita semua manusia. That’s why we have to stick together and fight racism with love and unity. . Prejudice and racism cannot exist without contact. Tak kenal maka tak cinta. So get out there and start making contact with people who u think are different from u. Belajar untuk menerima dan kenal orang yang kamu rasa lain dengan kamu. Terima kelainan itu dgn kasih sayang. ❤️ . . Artwork by @angeloruta

A post shared by Sharifah Amani (@sharifah_amani) on


Terdahulu, Floyd meninggal dunia selepas seorang pegawai polis kulit putih, Derek Chauvin menahan dan menekan lututnya di leher mangsa.

Difahamkan, Floyd sempat memberitahu dia berasa lemas namun ia tidak dihiraukan pegawai polis berkenaan.