"Tuhan Cipta Kita Semua Sama" - Sharifah Amani Ajak Orang Ramai Hentikan Perkauman

Asraf Aided
Mei 31, 2020 09:32 MYT
Pelakon Sharifah Amani meluah rasa kesal ekoran tragedi pembunuhan lelaki berkulit hitam di Amerika Syarikat, George Floyd yang membawa isu rasis di negara itu.
Menurut Amani, sifat rasis boleh wujud dalam satu bangsa apabila mereka merasakan diri mereka lebih hebat berbanding bangsa lain.
"Izinkan mereka bernafas, inilah akibatnya bila kau fikir satu bangsa itu lagi hebat daripada yang lain, Tuhan cipta kita semua sama.
"Tak kisah lah Melayu, Cina, India, White, African American, Rohingya atau lain-lain, kita semua sama," tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu, Amani juga mengajak orang ramai untuk saling mengenali golongan yang dianggap berbeza dengan diri mereka.
"Berhubunglah dengan sesiapa yang dianggap berbeza dengan diri kamu, belajar untuk menerima dan kenal orang yang kamu rasa lain dengan kamu.
"Terima kelainan itu dengan kasih sayang," tulisnya lagi.
Terdahulu, Floyd meninggal dunia selepas seorang pegawai polis kulit putih, Derek Chauvin menahan dan menekan lututnya di leher mangsa.
Difahamkan, Floyd sempat memberitahu dia berasa lemas namun ia tidak dihiraukan pegawai polis berkenaan.
#pelakon #Pelakon #Sharifah Amani