Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Tuhan Ciptakan Dia Sempurna, Hanya Tak Pandai Buka Buah Salak” – Nia Ramadhani Jadi Bahan Usikan Netizen

Azwa Rahman
21/10/2019 09:06 MYT
Pelakon jelita Indonesia, Nia Ramadhani menjadi tumpuan wargamaya apabila tidak tahu mengupas buah salak.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @thepilouge berkongsi potongan video yang diambil daripada Instagram Story suami Nia, Ardi Bakrie yang memaparkan telatah isterinya itu.

“Tuhan menciptakan Nia Ramadhani kaya, cantik, body goals. Namun, dia terlalu sempurna hingga Tuhan ciptakan dia tak boleh buka buah salak,” tulis pengguna tersebut sebagai keterangan video.

Menerusi video berdurasi 15 saat itu, Nia kelihatan sedang menikmati minum petang bersama suaminya di sebuah restoran.

“Bila disuruh minta bukakan buah salak, kamu tidak tahu caranya. Kamu tidak tahu cara buka salak? Dikupas sahaja,” tanya Ardi menerusi video tersebut.

“Pakai pisau? Bagaimana cara bukanya? Atau digigit? Aku tak tahu!” tutur Nia dengan manja.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hasil tinjauan Gempak di laman Twitter, rata-rata netizen menjadikan aksi Nia itu sebagai bahan usikan.

"Nia Ramadhani pasti tak pernah tahu rasa nasi goreng semalam yang paginya digoreng buat sarapan,” ujar seorang netizen.

“Kalau aku buat video tutorial mengupas buah salak di YouTube pasti yang menontonnya hanya seorang. Dia adalah Nia Ramadhani,” usik seorang netizen.

“Seketika aku merasa bangga dengan diri sendiri, ada satu kelebihan aku ada yang Nia Ramadhani tak boleh buat,” kata seorang netizen.

"Nia Ramadhani pasti tak pernah merasa pewangi Downy dijadikan perfume,” komen seorang netizen lagi.

Video tersebut sehingga kini telah menerima hampir 1.7 juta tontonan dan lebih 38,000 ulang kicau.

#pelakon #Indonesia #Pelakon #Kelakar
;