Tidak sampai sejam lagu terbaru daripada Bunga Citra Lestari yang bertajuk 12 Tahun Terindah yang dimuat naik ke saluran YouTube miliknya, klip video lagu tersebut mendapat lebih setengah juta tontonan dengan lebih 15,000 komen.

Baca: Semua Menangis! Aishah Sinclair Beri Bayangan Lagu Baru BCL Bakal Meruntun Hati



Bukan sahaja lirik lagu tersebut meruntun perasaan sesiapa yang mendengarnya, tetapi klip video tersebut yang memaparkan kehidupannya bersama Allahyarham Ashraf Sinclair dan anak mereka Noah Aidan Sinclair turut membuatkan air mata mengalir di pipi.



Pelakon yang cukup terkenal di Malaysia dan Indonesia, Allahyarham Ashraf Sinclair meninggal dunia pada 18 Februari lalu akibat dikatakan akibat serangan jantung.

Baca: Ashraf Sinclair Meninggal Dunia Kerana Serangan Jantung



Sejak 30 Jun lalu, BCL memuat naik beberapa keping gambarnya bersama Allahyarham Ashraf dan anak mereka dengan tanda 12 pada gambar-gambar tersebut.


Klip video lagu 12 Tahun Terindah sememangnya sangat peribadi buat BCL kerana itulah kisah cinta mereka dan kisah kehidupan bersama sebagai suami isteri selama 12 tahun.