Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Tuhan Tarik Nikmat Bebas Memandu Kereta Selepas…”- Sharifah Sakinah

Syafiqah Jalal 28/10/2021 | 05:37 MYT
Pelakon Sharifah Sakinah mendedahkan selepas enam tahun memegang lessen memandu dia kini sudah berhenti memandu kereta sendiri.
Menurut Sharifah Sakinah dia bukan sengaja bersikap malas atau manja tetapi penyakit Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) yang dihidapinya membuatkan dirinya mudah hilang fokus dan cuai ketika memandu.
“Ramai yang tidak faham apabila saya memilih untuk tidak memandu lagi. Sebenarnya saya boleh dan mendapat lesen yang sah serta sudah memandu selama enam tahun tetapi orang label sebagai malas atau manja.
“Semasa memandu, saya kerap hilang fokus. Berangan, cuai dan makin tua semakin paranoid, kegelisahan melampau pun ada,” katanya.
Girlfriend Aku Dari Neraka Itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik gambar poster menerangkan mengenai penyakitnya itu.
Kata Sakinah dia kini terpaksa menempah e-hailing atau meminta sesiapa untuk memandu kereta meskipun akui tidak selesa.
“Naik Grab atau minta orang lain pandu kereta ialah pilihan yang lebih baik walaupun tidak terlalu selesa. Duduk sebagai penumpang pun ada drama dan pilihan itu lebih bertanggungjawab.
“Tuhan tarik nikmat bebas memandu ke mana-mana, tak mengapalah, ada hikmahnya. Ada rezeki lain,” luahnya lagi.
Terdahulu, Sakinah pernah memaklumkan bahawa penyakit ADHD itu mula dihidapinya selepas menamatkan zaman persekolahan.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah)

Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!

#pelakon #Sakit #Sharifah Sakinah #Sakinah #Penyakit #Memandu
;