Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

Tujuh Bulan Tak Pergi Shooting, Ini Yang Zahirah Macwilson Buat...

Kamaruddin Razal 06/11/2019 | 02:01 MYT
Pelakon Zahirah Macwilson mendedahkan bahawa dirinya bakal kembali ke set penggambaran selepas tujuh bulan menyepikan diri daripada sebarang penggambaran drama.
Biarpun tidak mengambil tawaran berlakon sebelum ini, pelakon berusia 24 tahun itu memberitahu, sepanjang tempoh itu juga, dia berpeluang untuk meneroka banyak bidang lain.
"Saya sudah mengambil tawaran untuk drama seterusnya. Tujuh bulan saya tidak menjalani sebarang penggambaran membolehkan saya untuk berhubung dan membuka peluang kepada pelbagai peluang lain.
"Bahkan, saya juga berpeluang meneroka minat saya dalam dunia fesyen, kecantikan, pengacaraan dan dunia perniagaan," tulisnya di Instagram.
Zahirah turut berkongsi gambar dirinya dengan skrip lakonan yang memaparkan naskhah terbaharunya berjudul Rindu Yang Terlarang terbitan Zeel Production.
Drama yang bakal disiarkan di saluran Astro Ria itu bakal menggandingkan dirinya dengan pelakon Fikry Ibrahim.
"Ini adalah untuk peminat saya yang sentiasa menyokong saya sepanjang masa. Terima kasih kerana bersabar, ini adalah untuk anda," tulisnya.

So I’ve picked up my next drama ? The 7 months I haven’t been shooting has allowed me to connect and open doors to so many different opportunities and explore my own interests in fashion, beauty, hosting, supporting good causes, speaking out and standing up for what I believe in and the world of business. You can only bet that I will keep heading to that direction. But this one is for my fans who have always been supporting me throughout everything. Thank you for being patient, this is for you ? . #RinduYangTerlarang #AstroRia

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on

Kali terakhir, Zahirah muncul menerusi drama Curi-Curi Cinta yang ditayangkan pada April lalu bergandingan dengan pelakon Aiman Hakim yang kini tunangannya.
#pelakon #Pelakon #Zahirah Macwilson
;