Terkini

Tujuh Sekeluarga Cedera Dapur Steamboat Meletup, Pemilik Restoran Mohon Maaf

gempak
Umirah Halim
20/03/2024
04:30 MYT
Sponsor Banner
Tujuh Sekeluarga Cedera Dapur Steamboat Meletup, Pemilik Restoran Mohon Maaf
Tujuh sekeluarga alami kecederaan serius selepas dapur memasak steamboat tiba-tiba meletup di sebuah restoran di Temerloh, Pahang baru-baru ini.
Beberapa keping gambar yang dikongsi oleh seorang individu dipercayai salah seorang mangsa memaparkan tubuh badan yang cedera akibat kejadian terebut beserta kronologi kejadian.
Dalam pada itu, menerusi hantaran yang berlainan di Platform Facebook, seorang individu yang menggunakan nama Asri Yusof mendakwa pemilik premis berkenaan hanya memberi pampasan Rm1,000 walaupun kecederaan yang mereka alami agak serius.
"Kepada yang biasa atau baru nak cuba disini nak beri peringatan ya. Anak saya bersama keluarga menantu bari baru ni makan di sana pada hari Sabtu (9 Mac) lepas.
"Berlaku kejadian gas memasak steamboat itu meletup menyebabkan ahli keluarga tercampak dan melecur di bahagian muka dan tangan. Sangat bahaya dan boleh menyebabkan kecelakaan yang boleh meragut nyawa.
"Kesan melecur tentunya akan menjadi kecacatan kekal. Difahamkan pada tahun lepas bulan 11 berlaku juga tetapi tiada tindakan pencegahan dilakukan. Tak pasti ada laporan kepada pihak berkuasa atau tidak.
"Pemilik juga tidak melakukan apa apa tindakan membantu kami hanya sekadar membawa keluarga kami ke klinik berdekatan. Tiada tindakan susulan dan hanya selepas saya memaksa baru datang melawat.
“Pihak owner ada cuba memberi RM1,000 tetapi untuk 6 orang ahli keluarga taktahu lah nak cakap apa, bukan luka setompok hampir keseluruhan muka,” dakwanya.
Bagaimanapun terbaharu, menerusi kenyataan yang dimuatnaik restoran tersebut pihak mereka telah membuat permohonan maaf di atas kelewatan dalam memberi respons terhadap isu ini.
Malah, mereka masih menunggu hasil siasatan pihak berkuasa sebelum membuat tindakan selanjutnya.
“Assalamualaikum semua, pertama sekali kami ingin meminta maaf kepada semua kerana lambat memberi respond kepada isu yang sedang tular.
“Bagi pihak kedai, kami sudah menziarah, berjumpa dan berbincang dengan mangsa pada 11/3 di rumah & 14/3 di hospital dan hasil
perbincangan kami sudah mencapai kata sepakat untuk tindakan selanjutnya.
“Report polis dari pihak kami pun sudah di buat, siasatan dari pihak bomba juga telah di jalankan. keutamaan sekarang adalah untuk mangsa pulih & selepas itu tindakan selanjutnya akan dilakukan.
“InsyaAllah doakan mangsa segera pulih supaya kes dapat diselasaikan dengan sewajarnya. sekali lagi kami ingin meminta maaf di atas segala kekurangan dan kesilapan dari pihak kami,” tulisnya pada hantaran tersebut.

Berita Trending: Panjat Belakang, Sepak Kepala Jemaah Wanita Di Masjid! Perangai…

Berita Trending: Tetap Post Video Masak, Netizen Dakwa Memey Tak Sensitif - “Bangga…
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live