Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Tukang Cuci Warga Bangladesh Kerja 27 Tahun Tanpa Ambil Cuti

Gempak
23/10/2024 13:50 MYT
Seorang tukang cuci dilaporkan bekerja selama 27 tahun tanpa mengambil cuti demi menyara keluarganya.

Tak Ambil Cuti Satu Hari Pun

Abu Bakar, 70, yang berasal dari Bangladesh, meninggalkan kampung halamannya sejak 31 tahun lalu untuk mencari kerja di Malaysia.

Selama bertahun-tahun, Bakar telah bekerja tujuh hari seminggu tanpa mengambil cuti satu hari pun.

Lebih mengagumkan, dia juga mengirim sebahagian besar pendapatannya kembali ke Bangladesh untuk menampung perbelanjaan dan pendidikan anak-anaknya.

“Saya tinggalkan tanah air saya, Bangladesh 27 tahun lepas semasa anak kelima saya hanya berusia enam bulan. Saya tak pernah balik sejak itu. Saya rindukan keluarga saya dan mereka juga rindukan saya. Semua ini ialah untuk masa depan mereka.

“Saya datang ke Malaysia kerana saya dengar ada banyak peluang pekerjaan di sini. Biarpun hanya buat pekerjaan yang tak ada orang lain hendak buat, saya akan buat. Saya dah buat selama 7 hari seminggu, 365 hari setahun sejak 27 tahun lepas.

“Tak pernah sehari pun saya cuti sakit atau cuti berehat. Dan saya masih bertahan, insha-Allah. Keperluan saya di sini mudah saja. Kebanyakan pendapatan saya diberikan pada kepada keluarga saya di sana,” katanya.

Akan Pulang Ke Bangladesh

Dalam pada itu, Bakar turut memaklumkan dia akan pulang ke tanah airnya buat selama-lamanya untuk kembali bersama keluarga.

“Disember ini saya akan pulang ke Bangladesh buat selamanya dan berjumpa semula dengan ahli keluarga saya.

“Ia kali pertama saya akan jumpa dua orang cucu saya juga. Saya tak sabar,” kongsinya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja Meninggal Dunia Selepas Majikan ‘Reject’ Cuti Sakit

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Mati Selepas Kerja 104 Hari, Cuti Rehat Sehari

ARTIKEL BERKAITAN: Syarikat Thailand Tawarkan Cuti Tinder Kepada Pekerja! - "Boleh Guna Untuk Keluar Temu Janji Dengan ..."

ARTIKEL BERKAITAN: Majikan Beri 10 Hari 'Cuti Sedih' Setahun - "Mereka Boleh Berehat... Tenangkan Perasaan"

ARTIKEL BERKAITAN: “Cuti Bukan Hak Kita” - JPA

Sumber: Humans Of Kuala Lumpur

#Bangladesh #Kerja #Cuti #Tukang Cuci
;