Berita

Pekerja Meninggal Dunia Selepas Majikan ‘Reject’ Cuti Sakit

gempak
Gempak
20/09/2024
06:25 MYT
Sponsor Banner
Pekerja Meninggal Dunia Selepas Majikan ‘Reject’ Cuti Sakit

Seorang pekerja kilang elektrik di Muang, wilayah Samut Prakan meninggal dunia selepas permintaan untuk cuti sakit tambahan ditolak dan dia dipaksa kembali bekerja oleh majikannya.

Cuti ditolak

Memetik laporan VnExpress, memaparkan perbualan antara mangsa dan rakan sekerjanya berhubung cuti yang ditolak, termasuk berita kematiannya yang dimuat naik di laman Facebook.

Menurut rakan mangsa, pekerja tersebut mengambil cuti sakit dari 5 hingga 9 September lalu selepas disahkan menghidap radang usus.

“Dia dirawat di hospital selama empat hari,” katanya.

BERITA TRENDING: "Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura,

​BERITA TRENDING: Adira Suhaimi Anggap Fazura Sama Seperti

​BERITA TRENDING: "Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

​BERITA TRENDING: Tenang Berdepan Kontroversi Melibatkan Perkahwinan Didakwa Tidak Sah, Angeline Tan Syukur Suami Beri Keyakinan - “Kami Menerima Banyak Panggilan & Mesej, Malah…”

Pada 12 September lalu, mangsa memohon cuti daripada majikan untuk hari berikutnya kerana keadaan kesihatan yang semakin merosot.

Bagaimanapun, dia dipaksa untuk datang bekerja dan menyerahkan dokumen bagi membuktikan penyakit yang dihidapinya.

“Dia datang bekerja pada 13 September seperti diminta dan selepas 20 minit bekerja, dia rebah,” tambanya.

Mangsa dibawa ke hospital dan menjalani pembedahan kecemasan, tetapi disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Sumber: Kosmo menerusi Agensi

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024