,
Hiburan

Tukar Angin, Muaz Mohamed Nafi Kejar Duit

Kamaruddin Razal
10/03/2017
14:33 MYT
Penyampai radio Muaz Mohamed menafikan dakwaan yang mengatakan dia mengejar duit selepas berubah angin bertugas di stesen radio baru.
Setelah bekerja selama sembilan tahun di RTM, Muaz kini mengendalikan segmen Petang Kool bersama Liza di Kool FM setiap Isnin hingga Jumaat, jam 3.00 sehingga 7.00 petang.
“Saya bukan mengejar duit atau wang. Saya percaya, perkara tersebut datang kemudian. Saya bekerja sebagai penyampai radio kerana minat yang mendalam. Bagi saya, keutamaan adalah terletak kepada kualiti kerja.
“Sudah lama saya berada di tempat yang sama, kini tiba masanya untuk saya menempuhi cabaran baru di tempat baru. Saya mahu belajar sesuatu yang baru dan ingin menambahkan lagi kualiti dalam bidang penyampaian radio yang saya cintai ini,” kata Muaz kepada Astro Gempak.
Mengakui masih sayangkan tempat lama dia bekerja, Muaz megambil keputusan untuk berubah angina kerana tidak mahu rasa terlalu selesa.
“Sayang memang sayang, siapa tidak sayang, sudah hampir sedekad. Namun begitu, saya ambil cabaran untuk berubah angin kerana saya sendiri enggan rasa terlalu selesa. Jika saya rasakan begitu, pastikan reputasi saya akan jatuh.
“Saya mengambil peluang ini untuk meluaskan lagi pengalaman dan kerjaya agar dapat menjadi seorang penyampai radio yang lebih berpengalaman,” katanya ketika ditemui di Majlis Lepak Santai Hot FM dan Kool FM baru-baru ini.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aepul Roza, Drummer Drama Band Positif Covid-19

gempak
15/01/2021
00:13 MYT
Semoga terus kuat!
Hiburan

"Tak Rancang Anak Ramai, Nanti Tak Sempat Beri Kasih Sayang" - Muaz

gempak
13/08/2019
05:20 MYT
Hiburan

Ezra Mikhail Nama Anak Kedua Muaz Mohamed

gempak
01/03/2019
04:56 MYT
Berita

Muaz Mohamed Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

gempak
22/02/2019
01:54 MYT
Hiburan

Tahniah! Muaz Mohamed Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

gempak
14/12/2018
05:00 MYT
BorakSeeni