Skip to main content

Berita Tempatan

Tukar Lampin Bayi Di Tandas, Isteri Putra Amaris Dedah Pernah Kena Marah

putraamarisanak.jpg
Isteri kepada pelakon Putra Amaris iaitu Syazwani Alias mendedahkan mereka pernah dimarahi pengawal keselamatan hanya kerana mahu menukar lampin bayinya, Putra Asytar di tandas.

Menurut Syazwani ketika itu dia tidak menyedari bahawa ada bilik khas untuk bayi menukar lampin berdekatan kerana masih baru menjadi ibu bapa.

Kini, Syazwani memberitahu dia dan suami teruja untuk memasuki ‘baby room’ di setiap pusat membeli belah yang mereka kunjungi.

“New parents can relate;

“Dulu kami tak pernah sedar pun tempat ini. Now bila dah ada baby, pregi mana-mana mesti cari baby room.

“Comel semua tempat baby. Pernah masa baru-baru jadi parents nak tukar diaper Asytar, kami masuk toilet dewasa sampai kena jerit dgn security “depan ni baby room lah”.

“Start dari itu kami excited nak explore setiap baby room yang ada. Syndrom new parents! Asytar pun buat muka bosannnnn,”
tulisnya.

Syazwani berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) milikya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik rakaman video ketika berada di salah sebuah bilik persalinan bayi di satu pusat membeli-belah terkenal di Kuala Lumpur.

Syazwani dan Amaris mendirikan rumah tangga pada 5 Januari  2018 di kediaman keluarga wanita itu di Batu Pahat, Johor.

Pasangan ini menimang cahaya mata pertama pada 20 November lalu.
 

Advertisement

Must-Watch Video