BERITA
Tukar Lampin Itu Merupakan Perkara Biasa Bagi Saya - George Clooney
Aktor, George Clooney mengakui sudah dapat membiasakan diri menjadi seorang ayah dan menjaga anak kembarnya.
Menurut laporan Daily Mail, George berkata, dia selesa untuk menjaga anak kembarnya iaitu Alexander dan Ella serta mahir dalam menukar lampin mereka.
"Saya sangat mahir dalam menjaga mereka apatah lagi menukar lampin meskipun perkara itu dianggap sukar bagi saya pada awalnya.
"Saya mula terbiasa untuk menguruskan mereka berdua dan rumah kini tidak sunyi lagi kerana sentiasa ada tangisan bayi.
"Perkara itu juga membuatkan saya sedar siapa saya sekarang ini dan tanggungjawab yang harus dipikul untuk menjaga keluarga.
"Isteri juga tidak ada masalah untuk tinggalkan anak-anak dengan saya kerana dia tahu mereka akan berada dalam keadaan baik jika dibawah penjagaan saya," katanya.
George dan isterinya, Amal, melangsungkan perkahwinan di Venice, Italy, pada 2014.
Sumber: Daily Mail
Must-Watch Video