HOLLYWOOD
Tukar Lirik Tanda Solidariti Palestin, Green Day Kutuk Isra*l Di Festival Coachella
Grup legenda Amerika Syarikat, Green Day mencuri perhatian pada penampilan perdana di festival muzik terbesar, Coachella apabila menukar sebaris lirik lagu Jesus of Suburbia sebagai tanda solidariti terhadap Palestin.
BERITA TRENDING: Muat Naik Hantaran Tentang Kanak-Kanak Di Gaza, Kumpulan Pro-Israel Minta Ms Rachel Disiasat, Dakwa Sebar “Propaganda Anti-Israel”
BERITA TRENDING: Angka Kematian Di Gaza Melebihi 50,600 Akibat Serangan Israel
Menerusi persembahan yang berlangsung pada hujung minggu lalu, vokalis Green Day, Billie Joe Armstrong dengan berani menukar lirik lagu yang dirilis pada 2004 dan terkandung dalam album American Idiot.“Running away from pain like the kids from Palestine, (menyelamatkan diri seperti kanak-kanak dari Palestin)”, laung Billie Joe menerusi lirik lagu yang telah diubah, lapor Palestinechronicle.com.
Malah selain Green Day, Coachella turut menyaksikan sebuah kugiran daripada Ireland, Kneecap, membawa bendera Palestin sekaligus menyatakan sokongan terhadap Gaza.
BERITA TRENDING: Salah Seorang Pengarah Filem Palestin, No Other Land Diseksa, Diculik Tentera Isra*l
Tindakan mengutuk kekejaman Israel itu bukan pertama kali ditunjukkan dengan nyata oleh Green Day.BERITA TRENDING: Harissa Adlynn Kongsi Pengalaman Berada Hanya 30 Kilometer Dari Palestin, Terharu Dikerumun Anak-Anak Gaza – “Saya Rasa Sedih Sangat Sebab…”
Pada Februari lalu, pemenang Grammy itu mengibarkan bendera Palestin sebagai tanda solidariti kepada Gaza sewaktu membuat konsert di Malaysia.Must-Watch Video