BERITA
Salah Seorang Pengarah Filem Palestin, No Other Land Diseksa, Diculik Tentera Isra*l
Salah seorang pengarah filem Palestin, No Other Land, Hamdan Ballal bukan hanya dipukul dan diseksa tetapi telah diculik tentera Israel di sebuah kampung di Susiya.
Khabar pengarah dokumentari yang memenangi anugerah Oscar 2025 tersebut diculik pertama kali dikongsikan oleh dua rakan sutradaranya iaitu Yuval Abraham dan Basel Adra.
Ballal didakwa telah dipukul dan diseksa serta mengalami kecederaan akibat perbuatan tentera Israel sebelum dirinya dibawa menaiki ambulans untuk pergi ke hospital di Masafer Yatta, West Bank.
“Sekumpulan tentera Israel telah memukul dan membuat Hamdan cedera antaranya di bahagian kepala dan perut. Dia mengalami pendarahan,”
“Bagaimanapun kelibat Ballal terus tidak dapat dikesan selepas menaiki ambulans dan dipercayai telah diculik tentera Israel,” ujar Abraham menerusi perkongsiannya di media sosial seperti dilaporkan Al Jazeera.
Laporan sama mendedahkan sebuah rakaman video milik Center for Jewish Nonviolence menunjukkan seorang penyerang bertopeng menolak dan memukul dua aktivis di sebuah kawasan berdebu pada waktu malam.
Serangan tersebut membuatkan mereka kembali ke kereta dan dibaling dengan batu.
Sementara itu Adra yang menyaksikan serangan tersebut mendedahkan sekitar 20 penyerang bertopeng membawa senjata memakai uniform tentera Israel melakukan serangan di kampung tersebut.
Adra mendakwa menerima ancaman sejak pulang daripada menerima anugerah diculik tentera Oscar.
“Kami menerima banyak ancaman sejak pulang daripada Oscars. Mungkin ini merupakan salah satu cara mereka membalas dendam kerana kami membikin naskhah tersebut. Ia seperti satu hukuman,” ujar Adra kepada AP.
Untuk rekod, No Other Land merupakan filem dokumentari yang mengisahkan penjajahan Israel atas Masafer Yatta, West Bank, Palestin.
Must-Watch Video