Tukar Nama Kerana Orang Ramai Sering Keliru Saya Dengan Eyka Farhana - Sweet Qismina

Rozaimi Zubaidi
Mei 15, 2017 04:45 MYT
Pelakon Sweet Qismina mengakui terpaksa menukar namanya daripada Sweet Farhanna kerana tidak mahu orang ramai keliru dirinya dengan Eyka Farhana.
Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 20, berkata, dia mengambil keputusan itu untuk memudahkan orang ramai yang keliru dengan nama mereka berdua.
"Sebenarnya saya telah mengambil keputusan pada awal tahun ini untuk menukar nama kerana ramai orang sering keliru diantara saya dengan Eyka Farhana.
"Saya juga sering mendapat tawaran daripada pihak produksi dan akhirnya mereka telah salah menghubungi saya sedangkan mereka ingin menelefon Eyka Farhana.
"Jadi perkara itu sedikit sebanyak menggangu kerjaya kami sendiri dan dengan menukar nama ia akan memudahkan untuk membezakan diantara kami berdua.
"Bukan saya tidak selesa dengan nama yang dulu namun ia lebih mudah untuk orang tahu memandangkan muka kami juga seakan sama," katanya kepada Astro Gempak.
Sweet berkata demikian ketika ditemui pada majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian, di Putrajaya, pada Ahad.
Tambah Sweet, selepas menukar nama orang ramai sudah dapat membezakan diantara mereka berdua dan berharap agar pihak produksi tidak keliru serta silap menghubunginya lagi.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
#pelakon #Pelakon #Eyka Farhana #Sweet Qismina