Tulang Belakang Leher Patah Terjatuh Di Tandas, Mak Engku Akan Jalani Rawatan Ambil Tulang Sum-Sum
Ernalisa
19/11/2024 03:25 MYT
19/11/2024 03:25 MYT
Pelakon veteran Ku Faridah Ku Shafie atau mesra disapa Mak Engku masih dirawat di Hospital Sungai Buloh kerana mengalami kecederaan patah tulang leher.
BERITA BERKAITAN:“Mak Dengar Lagu Dah Siap, Dia Kata…” - Aina Abdul Tunai Permintaan Ibu, Fattah Amin Jadi Hero Muzik Video Lagu Baharu
BERITA BERKAITAN:"Saya Suruh Guard Benarkan Masuk” - Jofliam 'Back Up' Mak Dewi, Jawab Dakwaan Cik Epal Mengenai Isu Rumah
BERITA BERKAITAN:Kalah Kes Saman Fitnah Terhadap Bekas Menantu, Ustaz Engku Fadzil Buka ‘Tabung’ Kutip Sumbangan - "Kesemuanya RM65,000"
Hal itu dikongsikan pelakon Sharifah Sahora menerusi laman instagram miliknya pada Isnin.
Menurut pelakon itu, Mak Engku, 72, dimasukkan ke hospital kerana mengalami kesakitan akibat terjatuh dalam bilik air, awal bulan lalu.
Kongsinya lagi, Mak Engku telah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu.
Menurut pelakon itu, Mak Engku, 72, dimasukkan ke hospital kerana mengalami kesakitan akibat terjatuh dalam bilik air, awal bulan lalu.
Kongsinya lagi, Mak Engku telah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu.
"Semoga Mak Engku cepat sihat. Dia jatuh masa di tandas hingga patah tulang leher. Semoga ada kesembuhan untuk Mak Engku.
"Kepada yang nak melawat Mak Engku. Dia masih berada di Hospital Sungai Buloh ya," katanya.
Sebelum ini, Sharifah Sahora dilihat menziarahi aktres berkenaan bersama pelakon Datin Nina Juren dan Pengarah Hadith Omar.
Menjengah diruangan komen Sharifah Sahora, ramai kenalan artis yang mendoakan Mak Engku Supaya cepat sembuh.
Difahamkan pelakon veteran itu juga terpaksa mencuba pelbagai rawatan termasuklah mengambil tulang sum-sum yang dijangka akan dilakukan pada minggu depan.