Atlet terjun Great Britain Tom Daley yang tular kerana mengait di kerusi penonton sewaktu acara tiga meter terjun papan anjal wanita untuk temasya Olimpik 2020 rupanya pernah memberikan sehelai baju kait buat sahabat baiknya yang juga penerjun negara, Cheong Jun Hoong.

Menerusi laman sosial Instagram, Jun Hoong berkongsi foto bersama sehelai kardigan yang dihadiahkan oleh Daley untuk tatapan umum.

Thanks for the special handmade gift, just lovely,” tulis Jun Hoong di ruangan kapsyen.

A post shared by Cheong Jun Hoong 张俊虹 (@cheongjunhoong)


Walaupun foto tersebut dimuat naik sekitar awal Mei yang lalu, kini ia dihujani dengan komen daripada wargamaya yang baru mengetahuinya sejak momen mengait Daley tular.

Rata-rata wargamaya memuji hasil kaitan Daley yang kemas dan Jun Hoong kelihatan comel sewaktu menggayakannya.

Omg tolong kirim salam kat Tom Daley, i like him so much, lucky you,” komen seorang wargamaya.

Aura kejuaraan Tom melekat dekat you. Good luck,” ucap seorang wargamaya.

Comel la baju yang Tom kait tu,” puji seorang wargamaya.

You look awesome and real cute in Daley’s knitted jumper. Godspeed, Malaysia is behind you all the way,” sokong seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 6,000 tanda suka daripada wargamaya.

Sekadar info, Jun Hoong akan beraksi bersama Pandelela Rinong untuk dalam acara 10 meter platform individu wanita pada Rabu ini.

Daley pula merupakan pemenang pingat emas dalam acara terjun 10 meter platform berirama pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.