Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tular Sebuah Kajian Dedah Tingkah Laku Vivy Yusof Seorang ‘Humblebrag Dalam Media Sosial’ - "Sentiasa Complain Tapi..."

Khairil Khusyairi
02/11/2024 09:25 MYT
Tular kini di media sosial apabila timbul satu perkongsian mengenai sebuah kajian yang memperincikan tingkah laku usahawan, Datin Vivy Yusof yang merendah diri di media sosial.

Kajian Linguistik Tular

Menerusi satu entri, seorang individu tampil berkongsi sebuah kajian yang bertajuk ‘An Analysis of Vivy Yusof’s Humblebragging Language on Social Media’ oleh sebuah universiti tempatan.

“Sambil rileks ni, aku baca baca jap kajian behavior Vivy Yusof ni. Dari I**M. Korang kalau nak baca, google je tajuk, ‘An Analysis of Vivy Yusof’s Humblebragging Language on Social Media’,” kongsinya.

Individu dakwa Suka Merungut

Lebih menarik, individu tersebut turut membuat ringkasan daripada kajian ilmiah tersebut yang turut memaparkan keputusan kajian tersebut.

“Mungkin you all macam banyak sangat nak consume. Results of the study: based on the social media yang kajian observe (Youtube & IG), dia ada Assertive Behavior (AB).

“Findings: - under AB, dia ada illocutionary point (IP) - IP ni dia sentiasa complain tapi dalam humblebrag,” dakwa individu tersebut.

Hasil carian, kajian linguistik tersebut dibuat dalam bahasa Inggeris dan mengandungi 10 muka surat.

Berdasarkan bacaan penulis, sebanyak 17 Humblebrags berasaskan rungutan telah dikenal pasti daripada dua video YouTube terpilih dan 17 siaran Instagram dan 14 Humblebrags berasaskan kerendahan hati telah dikesan.

Terdahulu, nama Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar menjadi perhatian ramai apabila terpalit dalam kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta membabitkan penjualan saham Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dalam syarikat FashionValet Sdn Bhd (FashionValet).

ARTIKEL BERKAITAN: "Terlalu Banyak Nak Dikongsikan, Hati-Hati Dengan Fitnah ..." - Vivy Yusof

ARTIKEL BERKAITAN: Vivy Yusof & Fadzaruddin Mohon Maaf, Letak Jawatan Dalam FashionValet

ARTIKEL BERKAITAN: SPRM Mulakan Siasatan Berhubung Kerugian Pelaburan FashionValet

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Impressed Dengan Koleksi Beg Tangan Mewah RM136,000 Vivy Yusof - “Kita Mampu Mimpi Je Nak Beli Satu Handbag Ni…”

#Vivy Yusof #Tular #Kajian #Tingkah laku #Dedah #PNB #Humblebrag #Khazanah Nasional
;