Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tular Semula Foto Beg & Kasut Mewah Vivy Yusof, Netizen Buat Kira-Kira - “Keseluruhan Jumlah Lebih Kurang RM 1.5 Juta…”

Umirah Halim
05/11/2024 01:11 MYT

Kecoh di media sosial baru-baru ini mengenai isu kerugian pelaburan dana awam yang melibatkan pasangan usahawan Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.

Terbaharu, tular semula beberapa gambar koleksi beg tangan dan kasut tumit tunggi daripada jenama mewah yang dimiliki Vivy.

Netizen kira anggaran

Menerusi perkongsian di aplikasi X, seorang pengguna tampil membuat ulasan mengenai koleksi usahawan tersebut.

Malah, individu itu turut membuat kira-kira anggaran jumlah harga setiap beg mewah itu.

“Gambar pertama, Vivy ade enam Dior Saddle (RM 19k setiap satu), sekurangnya enam Lady Dior (RM 28-30k each) , sekurangnya satu Montaigne (RM 18k). Untuk Hermes pulak, ada Hermes Constance (RM 60k) dan enam Herbag.

“Gambar kedua, campuran Gucci, LV dan oh ada lagi Lady Dior. Ok, saya nampak brown Birkin sebelum ini dan sekaran Birkin biru pulak.

“Gambar ketiga, sekurangnya 10 pasang Manolo (RM 6k/pair) , dua Dior slingback pump (RM 4-5k/pair), 5 Valentino (USD 1200/pair) & 1 Louboutin.

“Dan drumroll Ya Habibi, hantaran terakhir Vivy Yusof pernah post Luxe Handbag Collection Hermes Birkin Crocodile, anggaran harga RM 450-500k?

“Keseluruhan jumlahnya lebih dari RM 1.5 juta. Birkin je dah RM 900k,” tulisnya.

BERITA TRENDING: Tular Sebuah Kajian Dedah Tingkah Laku Vivy Yusof Seorang ‘Humblebrag Dalam Media Sosial’ - "Sentiasa Complain Tapi..."

BERITA TRENDING: Netizen Impressed Dengan Koleksi Beg Tangan Mewah RM136,000 Vivy Yusof - “Kita Mampu Mimpi Je Nak Beli Satu Handbag Ni…”

BERITA TRENDING: Vivy Yusof & Fadzaruddin Mohon Maaf, Letak Jawatan Dalam FashionValet

BERITA TRENDING: "Terlalu Banyak Nak Dikongsikan, Hati-Hati Dengan Fitnah ..." - Vivy Yusof

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen kagum dengan koleksi tersebut.

“Handbag dia lebih mahal dari rumah saya.

“Style lah Vivy!

“Terus hilang ngantuk baca ni,” komen beberapa netizen.

Terdahulu, Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengalami kerugian sebanyak RM43.9 juta.

Ia merupakan hasil penjualan pegangan minoriti dalam platform e-dagang fesyen, Fashion Valet Sdn Bhd.

Susulan itu, warganet mendesak Vivy dan Fadza untuk memberi penjelasan berikutan isu kerugian pelaburan berkenaan.

Vivy dan Fadza kemudiannya mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan mereka di dalam syarikat FashionValet menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG).

Vivy dan Fadza juga mengakui kesilapan yang telah dilakukan sekaligus mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas kegagalan berkenaan.

#Netizen #Fashion Valet #Yusof #Mewah #Vivy #Beg #Kira
;