HIBURAN

Tular Video Aliff Aziz ‘Lepas Gian’, Buat Persembahan Busking Di Singapura - “Saya Harap Dapat…”

Asyikin Mayudin 30/06/2025 | 11:55 MYT
Tular video di TikTok memperlihatkan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz melepaskan gian dengan membuat persembahan secara busking di Marina Bay, Olympic Walk, Singapura baru-baru ini.

Persembahan secara busking

Malah, Aliff turut memuat naik video dia di Instastory dengan mengucapkan terima kasih buat sahabat yang dikenali sebagai Hxrrs kerana memberi peluang untuknya mendendangkan beberapa buah lagu pada persembahan tersebut.

"Ini merupakan satu pengalaman menarik meraikan muzik di persekitaran berbeza. Terima kasih kerana menjemput saya membuat persembahan pada malam ini (Sabtu).

"Kepada semua yang hadir, saya harap dapat menghiburkan anda dalam momen yang singkat ini. Terima kasih," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Dakwa Nampak Kelibat Aliff Aziz & Ruhainies Bersama Di KLIA – “Hampa Nak Pi Mana Tu?”

ARTIKEL BERKAITAN: Cantik Berpurdah, Majlis Resepsi Aisyah Aziz & Suami Indah Penuh ‘Nuansa Islami’ - “Selawat, Qasidah & Bacaan Ayat Suci Al Quran…”

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Video Bersama Aliff Aziz, Kapsyen Jenama Baju Melayu Tempatan Ini Curi Tumpuan Netizen - "Tahniah.."

Penyanyi lagu Sayang Sayang itu turut memuat naik semula video yang dikongsi peminat menerusi Instastory miliknya.

Menerusi perkongsian itu, Aliff dilihat menghiburkan penonton dengan seleksi lagu-lagu pilihan termasuk Sedang Apa dan Di Mana (Kerispatih), Rindu Setengah Mati (D'Masiv), Hanya Rindu (Andmesh), Kasih Tak Sampai (Padi) dan Bila Cinta nyanyian Gio.

Aliff juga dilihat telah berjaya menghiburkan penonton yang rata-ratanya terpukau dengan kelunakan suara penyanyi berkenaan.

Luah rasa rindu

Rata-rata netizen di ruang perkongsian di video di TikTok turut memberi kata-kata semangat selain meluahkan rasa rindu dengan suara penyanyi Singapura itu.

Sebelum ini, nama Aliff terpalit dengan pelbagai kontroversi termasuk dicekup berkhalwat bersama aktres Ruhainies di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada 9 Mac 2024.

Pada 13 Mac tahun sama, isteri Aliff iaitu pelakon Bella Astillah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pasangan itu akhirnya sah bercerai apabila Aliff melafazkan talak satu terhadap Bella di hadapan Hakim Syarie Wan Mohd Najid Wan Hamat pada 13 Jun 2024.

Selepas kontroversi demi kontroversi yang dilalui, Aliff dilihat kurang aktif dalam dunia hiburan dan dipercayai pulang ke kampung halamannya di Singapura.

undefined
#Penyanyi #Aliff Aziz #Singapura #Persembahan busking