HIBURAN
Kongsi Video Bersama Aliff Aziz, Kapsyen Jenama Baju Melayu Tempatan Ini Curi Tumpuan Netizen - "Tahniah.."
Jenama pakaian tempatan, Elrah, berkongsi sepotong video yang menampilkan aktor kontroversi, Aliff Aziz.
Menerusi perkongsian di akaun TikTok, pengasas jenama Elrah, El Azman dilihat bersalaman dengan Aliff Aziz.
Bukan itu sahaja, Aliff Aziz juga dilihat mencuba koleksi baju Melayu Elrah.
@elazman Tahniah @iamaliffaziz ☺️♬ original sound - 𝕾𝖚𝖍𝖆𝖑𝖎@𝖐𝖗𝖆𝖒 - 🎧𝓢𝓾𝓱𝓪𝓵𝓲𝓐𝓴𝓻𝓪𝓶🎧
“Tahniah @AliffAzizofficial,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kecewa dengan tindakan yang dilakukan oleh jenama tersebut.
Malah, ada juga yang nekad untuk memboikot jenama baju melayu tersebut.
“Memang meminta kena boikot.
“Lima tahun raya baju suami semua elrah,tahun depan dah kena tukar dah. bye
“What? Tiap tahun family aku pakai elrah. Setahun 2 pasang. Nooooo! Lepas ni memang kami sekeluarga boikot la elrah. Sorry to say. Kalau dah nama AA. Memang boikot terus!,” komen beberapa netizen.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang mempertahankan tindakan dan beranggapan bahawa kontroversi melibatkan Aliff Aziz itu sudah lapuk dan harus dilupakan.
“Tak baik la korang kecam-kecam. Dia pun kena kerja untuk survive hidup. Dah 2025 ni korang lets moveon. Yang penting tak kacau BASS,” komen seorang netizen.
Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis, pihak pengurusan Elrah masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu tersebut.
Walau bagaimanapun, ramai yang berharap pihak jenama tersebut akan mempertimbangkan semula keputusan mereka dalam memilih selebriti untuk kempen promosi mereka.
Must-Watch Video