Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tular Video Didakwa Ejek OKU, Wakil OKU Sentral Buat Laporan Polis... Kak Long 7E Mohon Maaf?

Amri Hassan
16/03/2022 07:25 MYT
Satu laporan polis difahamkan telah dibuat oleh wakil daripada OKU Sentral pada pagi Rabu ekoran penularan video pempengaruh, Kak Long 7E yang didakwa menghina golongan orang kurang upaya (OKU) baru-baru ini.

BACA: Aaron Aziz Mohon Netizen Henti Kecam 'Kak Long Kosmetik' - "Kesian Anak Dia Pergi Sekolah Malu Kena Ejek"

BACA: "Saya Dah Marah, Takkan Nak B****h, Penagih Pun ..." - Mengamuk Dituduh Mencuri, Wanita Ini Akhirnya ...

Menerusi laporan polis yang dimuatnaik oleh pengguna di Facebook OKU Sentral, ia sebagai tanggungjawab untuk mempertahankan maruah OKU setelah dihina menerusi video berkenaan.

"Alhamdulillah. Selesai menunaikan tanggungjawab sebagai warga OKU. Laporan terhadap Kak Long telah dibuat. Bila OKU dihina, takkan kita nak duduk diam dan terima sahaja. Semoga ada sedikit keadilan dan semoga pelaku mengambil pengajaran," tulis pemilik akaun Khairull Hafiz.


Sementara itu, menerusi paparan skrin yang dikongsikan di akaun Facebook OKU Sentral juga, Kak Long atau nama sebenarnya Wan Noor Baizura difahamkan telah membuat permohonan maaf.

"Video saya yang semalam saya minta maaf banyak. Saya ni memang suka buat orang marah kan. Jadi minta tolong maafkan saya. Saya tak buat dah.

"Demi Allah saya tak ada niat nak hina OKU. Saya akui saya buat live semalam saya gurau saja. Tapi benda itu buat ramai terasa, saya minta maaf sekali lagi. Demi Allah saya tak ada niat hina OKU.

"Serba benda nak rakam, kenapa bagi saya tekanan yang sangat kuat. Saya tak hina OKU, saya tak ada sebut nama siapa-siapa. Kenapa cari silap saya selalu," luahnya di Facebook.


Menerusi sepotong video yang tular dipercayai dari sesi siaran langsung Facebooknya, Kak Long secara berseloroh membuat memek muka sambil mengejek pergerakan individu kurang sempurna.

Kak Long pada masa sama tertawa sambil berjalan dengan gaya terhincut-hincut.

Sumber: FB OKU Sentral

#Viral #Polis #OKU #Kak Long #OKU Sentral
;