Laman Utama

“Saya Dah Marah, Takkan Nak B****h, Penagih Pun...” - Mengamuk Dituduh Mencuri, Wanita Ini Akhirnya…

gempak
Hanafis Haris
03/03/2022
09:59 MYT
Sponsor Banner
“Saya Dah Marah, Takkan Nak B****h, Penagih Pun...” - Mengamuk Dituduh Mencuri, Wanita Ini Akhirnya…

Kecoh di media sosial apabila tular sebuah video seorang wanita melepaskan kemarahan kepada pekerja sebuah pasaraya selepas anaknya disyaki mencuri.

Difahamkan, wanita itu terlebih dahulu membuat live di Facebook sebelum memarahi pekerja-pekerja yang berada di kaunter.

Namun, apa yang mencetuskan kemarahan orang ramai adalah sikap wanita itu yang dikatakan berlagak seperti samseng dan tidak beradab.

Lebih teruk lagi, anaknya yang sedang menangis turut menendang kaunter sambil menjerit kepada pekerja pasaraya tersebut.

Terbaru, wanita itu sekali lagi memuat naik sebuah video untuk memperjelaskan isu berkenaan.

Menurutnya, semua yang berlaku semalam di luar kawalannya.

“Allah sentiasa ada bersama orang sabar, tenang. Tapi semalam saya tak boleh kawal perasaan saya guys.

“Sebab perangai saya memang. Sekarang ni netizen buat kerja bukan saya,

“Saya cuma nak minta maaf dengan akak itu. Saya sebab kaklong jangan tambahkan cerita, saya juga ada hak bersuara.

“Kata anak kaklong tu mulut teruk, saya marah dah anak saya, Takkan saya nak bunuh anak saya.

“Penagih dadah pun boleh terima anak, inikan saya sebagai seorang ibu. Anak saya ambil barang pun tak tahu,” katanya.

Anda boleh lihat video tersebut di bawah.

@mimitubor Ujian kita #malaysiafyp?? #fypke ♬ original sound - Mimitubor_??
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live