Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tular Video Halang Rakam Suntikan Vaksin, KJ Beri Salam Pada Frontliner - “Plot Twist Rupanya”

Azwa Rahman
27/08/2021 08:35 MYT
Semalam sebuah video tular di laman sosial Twitter apabila seorang pegawai kesihatan menghalang seorang lelaki merekod menerima suntikan vaksin di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

BACA: “KJ Dah Letak Jawatan, Tak Boleh Rakam..” - Lelaki Ini Dihalang Rekod Video Terima Suntikan Vaksin

Perkara itu mendapat perhatian Menteri Kesihatan terbaru, Khairy Jamaluddin (KJ) hari ini apabila dia memberikan respon terhadap video tersebut.

“Assalamualaikum,” ujar KJ sambil mengulang ciap video terbabit.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Menerusi perkongsian berdurasi lapan saat itu, tindakan seorang jururawat menyuntik jarum suntikan sempat direkod namun datang pegawai kesihatan yang memberitahu sebarang rakaman tidak lagi dibenarkan.

“Tak boleh rakam. KJ dah letak jawatan. KKM punya prosedur tak boleh rakam,” kata rakan jururawat itu dan kemudian terus menutup lensa kamera telefon pintar milik lelaki tersebut dengan tangannya.

Sementara itu di ruangan balas, ucapan salam daripada KJ itu mengundang usikan wargamaya terhadap jururawat yang menghalang rakaman video tersebut.

Malah, ramai yang mahukan pegawai kesihatan tersebut diambil tindakan di atas perlakuannya.

Buang lah Nurse tuh KJ, apa lagi. Show your power!” kata seorang wargamaya.

Itu bukan nurse, tapi pegawai kesihatan,” komen seorang wargamaya.

Terciduk! Orang yang dia cakap dah letak jawatan sekali naik jadi BIG BOSS dia kat Kementerian.. hahaha,” usik seorang wargamaya.

YB, inilah perangai penjawat awam yang sebenar. mereka yang banyak buat SOP sendiri. Sila disiplinkan mereka. Buruknya kerajaan juga angkara kualiti kerja mereka,” luah seorang wargamaya.

Plot twist rupanya. Mesti KJ cari dia,” ujar seorang wargamaya.

Kak, KJ letak jawatan MOSTI kak, tapi dah jadi menteri kita kak? Acaner?” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, ciapan salam daripada Khairy telah mendapat hampir 31,000 ulang ciap dan 27,000 tanda suka daripada warga Twitter.

#Khairy Jamaluddin #Menteri Kesihatan #PPV #Halang rakam suntikan vaksin
;