Gara-gara merakam aksi suntikan vaksin COVID-19, seorang lelaki terpaksa menghentikan rakamannya selepas dimarahi oleh seorang petugas barisan hadapan.

Menerusi laman sosial Twitter, lelaki tersebut berkongsi video menerima suntikan vaksin di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk tatapan umum.

Menerusi perkongsian berdurasi lapan saat itu, momen jururawat menyuntik jarum suntikan tersebut sempat direkod namun datang seorang rakannya yang memberitahu sebarang rakaman tidak lagi dibenarkan.

“Tak boleh rakam. KJ (Khairy Jamaluddin) dah letak jawatan. KKM punya prosedur tak boleh rakam,” kata rakan jururawat itu dan kemudian terus menutup lensa kamera telefon pintar milik lelaki tersebut dengan tangannya.

Tindakan tersebut mengundang pelbagai tanda tanya wargamaya kerana terdahulu sebarang rakaman atau foto dibenarkan sebagai bukti penerimaan vaksin.

Di samping itu, ramai juga yang mahukan penjelasan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia tentang arahan dilarang merakam yang mengelirukan itu.

Nurse yang inject tu okay je chill je, yang sorang ni pulak over hahaha,” kata seorang wargamaya.

Kenapa benda macam ni pun jadi isu eh? Kenapa kena wujud procedure bodoh macam tu? Tak effect apa pun kalau dia record ke tak ke. If you buat kerja jujur tak perlu takut lah. Aduhh,” komen seorang wargamaya.

“Rakam untuk simpanan sendiri why not . Hekeleh bukan rakam akak pun. Kecoh,” ujar seorang wargamaya.

Tak faham lah. Nape ada yang taknak bagi rakam sangat eh? Kalau takut muka nampak, boleh request adjust camera tutup muka dia. Apa lah masalah tak faham,” tulis seorang wargamaya.

“@KKMPutrajaya @DGHisham any explanation? Harap kebenaran merakam masih ON la sebab ni semua boleh jadi bukti, kalau ada yang culas. Yang paling penting, moment yang indah untuk rakyat yang menjalankan tanggungjawab mereka untuk lindung diri, lindung semua,” cadang seorang wargamaya.

Apa kena mengena KJ letak jawatan dengan tak boleh rakam ni,” ujar seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 200,000 tontonan daripada warga Twitter.

Pada Julai lalu, bekas Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin memberi kebenaran untuk rakyat merekodkan gambar atau video ketika menerima suntikan vaksinasi di PPV.

Tujuan rakaman itu bagi memastikan setiap penerima mempunyai bukti kukuh mendapat kadar vaksin yang sempurna.