Skip to main content

Tular Video Lelaki Disondol & Digigit Khinzir Liar, Alami Kecederaan Di Bahagian Pinggang - “Ingatkan Anjing Je Macam Itu, Rupanya…”

astro-gempak_pakcik_kena_sondol_babi_hutan.jpg

Perkongsian individu di platform X memperlihatkan seorang lelaki berusia disondol serta digigit dengan seekor haiwan liar iaitu khinzir hutan di perkampungan Padang Pariaman, Sumatra Barat, Indonesia. 

Menerusi video yang berdurasi 21 saat itu kelihatan lelaki warga Indonesia tersebut cuba menahan haiwan berkenaan sebelum ia menyerang penduduk setempat.


Bagaimanapun, lelaki tersebut mengalami kecederaan di bahagian pinggang di sebelah kiri dan kini dirinya sedang dirawat di sebuah hospital yang berdekatan. 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap lelaki tersebut serta menyifatkan serangan haiwan liar itu agak menyeramkan. 


Difahamkan insiden itu telah berlaku pada 4 Oktober lalu namun video kejadian tersebut kembali tular di laman sosial. 

Antara komen yang ditinggalkan: 

Must-Watch Video

Advertisement