HIBURAN
Tular Video Mesra Bersama Talita, Netizen Labelkan Watie Sebagai Ibu Tiri Terbaik - "Baiknya Walaupun..."
Keakraban antara isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah dan anak-anak tirinya bukanlah sesuatu yang asing lagi.
Terbaharu, menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, dapat dilihat anak kedua Shuib, Dzahira Talita Zahra (Talita) menyatakan rasa sayangnya terhadap Watie.
Selain mengucapkan rasa kasihnya kepada Watie, Talita turut memberikan kucupan pada bahagian pipi ibu tirinya itu.
“Mommy, I love you so much,” ujar Talita.
“I love you too,” jawab Watie ringkas.
undefined
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan sikap Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah yang disifatkan sebagai penyayang walaupun hanya bergelar sebagai seorang ibu tiri.
“Baiknya, walaupun ibu tiri tapi jaga macam ibu kandung.
“Macam mana nak dapat ibu tiri macam ni, sweet betul.
“Comel sangat Watie dengan anak tiri dia.
“Suka tengok Talita dengan ibu tiri dia, terbaik teruskan," komen beberapa netizen.
Sekadar info, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023 setelah hampir dua tahun pemergian arwah isterinya, Siti Sarah.