Gara-gara promosi ikan mabong yang dijual pada harga 0.10 sen seekor, ramai warga Kelantan dilihat berebut-rebut bagi mendapatkan protein tersebut di cawangan Mydin Tunjung, Kota Bharu yang baru dibuka hari ini.

Menerusi laman sosial Instagram, video yang menyaksikan sekumpulan penduduk berebut-rebut bagi mendapatkan ikan tersebut tular.

A post shared by MAKANAN KELANTAN JULY18 (@kulinerkelantan)


Melihat pada perkongsian berdurasi lima saat itu lagi, ramai lelaki dan wanita berpusu-pusu tanpa mengamalkan penjarakan sosial mengelilingi kaunter ikan terbabit yang sudah hampir habis.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya meluahkan rasa terkejut mereka setelah melihat ramai warga Kelantan berebutkan ikan tersebut.

Tidak kurang juga ada yang gelisah melihatkan keadaan tersebut yang mungkin menjadi pencetus bagi kluster baru COVID-19 di Kelantan.

“Makcik pakcik tak kisah dah bertempur asalkan dapat ikan 10 sen, ooo berat,” komen seorang wargamaya.

“Pasni keluar kluster 10 sen dari Mydin,” ujar seorang wargamaya.

“Sabar makcik, penjarakan out,” luah seorang wargamaya.

“Campur habis lelaki perempuan,” kata seorang wargamaya.

“SOP oii, mari polis nanti tu kena semua sek demo,” tulis seorang wargamaya.

“Kelantan takde Covid kot,” usik seorang wargamaya lagi.

Difahamkan pembukaan cawagan pasar raya ke-67 di Kelantan ini melibatkan keluasan hampir 1 juta persegi, sekali gus menjadi Mydin terbesar di Malaysia.