Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tumbuh 3 Bisul Di Anggota Badan, Fizi Ali Ikut Petua Netizen Buat Rawatan Bekam - "Pergi Klinik Doktor Toreh & Korek Nanah..."

Zulaikha Yusof
01/07/2021 05:30 MYT
Penyampai radio Fizi Ali, 32, mendedahkan dia ditumbuhi bisul di kaki kiri tanpa mengetahui punca sejak beberapa hari lalu.

Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin akui risau apabila bisul besar dan bernanah itu mula merebak ke bahagian ketiak dan paha.

"Saya tak pasti macam mana bisul ini boleh tumbuh. Ada orang beritahu kemungkinan disebabkan saya makan seafood atau darah kotor dan simptom kencing manis.

"Sebab beberapa hari sebelum itu, saya ada makan seafood... selepas itu tumbuh bisul di kaki kiri. Pergi klinik, doktor toreh dan korek nanah... memang sakit dan pedih sangat.

"Sekarang dah beransur pulih tapi bisul tumbuh dekat dua tempat lagi iaitu di bahagian ketiak dan paha kanan pula. Memang seksa nak angkat tangan dan berjalan," katanya.

Tambahnya, selepas membuat perkongsian di Instagram (IG), dia menerima banyak petua daripada netizen namun ada juga beberapa nasihat pelik yang diterima.

"Selepas saya kongsikan perkara itu di IG, memang ramai netizen DM kongsi pengalaman dan beri petua. Tapi ada juga beberapa petua aneh seperti letak tahi hidung dekat bisul la.

"Ada yang suruh cari orang yang mempunyai darah keturunan raja dan minta dia ludah pada bisul... macam-macam la petua pelik," kata Fizi.



Dalam pada itu, suami kepada aktres Shakilla Khoriri memberitahu dia ingin mencuba rawatan bekam terlebih dahulu sebelum merujuk dengan hospital.

"Sebelum ini memang saya pernah masuk hospital sebab bisul tapi waktu itu doktor kata sebab jangkitan kuman. Tapi kali ini tak tahu lagi apa puncanya. Kalau boleh nak cuba rawatan bekam terlebih dahulu.

"Saya ada beberapa kerja yang perlu diselesaikan dan kalau dah makin teruk, saya akan ke hospital semula. Mungkin saya perlu lakukan pemeriksaan kesihatan penuh," katanya lagi.

Terdahulu,Fizi pernah dimasukkan ke hospital selepas mengalami demam panas akibat bisul yang berpunca daripada jangkitan kuman pada Ogos tahun lalu.

BACA: Fizi Ali Nangis Tak Dapat Jalankan Tanggungjawab Untuk Jaga Ameena

#Fizi Ali #Ketiak #Kaki #Bisul #Bekam #Paha
;