Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tun Daim Meninggal Dunia Di Usia 86 Tahun

Gempak
13/11/2024 02:01 MYT
Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia hari ini pada usia 86 tahun.

Perkara itu disahkan peguamnya, Datuk Dr Gurdial Singh Nijar kepada BH sebentar tadi.

Allahyarham meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Sementara itu portal Malaysiakini memetik Gurdial sebagai berkata, pengebumian Allahyarham akan dibuat pagi ini.

"Ya. Benar dia meninggal dunia. Dia mengalami strok baru-baru ini dan diletakkan di unit rawatan rapi (ICU). Belum ada maklumat lanjut," katanya lagi.


Daim berkhidmat sebagai Menteri Kewangan dua kali, yang pertama dari 1984 hingga 1991 di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di mana beliau memainkan peranan penting dalam mengurus ekonomi Malaysia dan melaksanakan pelarasan struktur.

BERITA TRENDING: Syifa Melvin Nasihat Kaum Isteri Berhenti ‘Spotcheck’ Telefon Suami - “Jaga Mental Sendiri Tapi Bukan Dengan…”


BERITA TRENDING: Kesihatan Alisa Umairah Merosot, Elly Mazlein Mohon Doa Rakyat Malaysia

BERITA TRENDING: Pelakon Baharu Dakwa Ada Gejala Buli Di Set Penggambaran, Ini Teguran Ahmad Idham! - “Nak Dapat Publisiti Pun Jangan La Sampai…”

BERITA TRENDING: 22 Tahun Derita & Sering Cederakan Diri Sendiri, Bekas Ratu Cantik Negara Kini Dalam Proses Pemulihan - “Bun*h Diri Tidak Pernah Jadi Pilihan”


Sumber: Berita Harian


#Meninggal #Dunia #Usia #86 Tahun #Tun Daim
;