gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Keluarga Ireland Sanggup Beli Snek Malaysia Harga Hampir RM8 Sepeket - “Anak Saya Suka Super Ring”
HIBURAN
Asian Pop Stars Bakal Cipta Bintang Bertaraf Dunia, Lapan Finalis Dilatih Di Akademi Antarabangsa
SUKAN
Kejohanan Badminton Allianz Media 2025: Pasukan Astro Muncul Naib Juara
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Syifa Melvin Nasihat Kaum Isteri Berhenti ‘Spotcheck’ Telefon Suami - “Jaga Mental Sendiri Tapi Bukan Dengan…”

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
13/11/2024
00:55 MYT
Sponsor Banner
Syifa Melvin Nasihat Kaum Isteri Berhenti ‘Spotcheck’ Telefon Suami - “Jaga Mental Sendiri Tapi Bukan Dengan…”
Pempengaruh media sosial, Syifa Melvin memberitahu dia kurang bersetuju dengan tindakan segelintir wanita terutama bergelar isteri yang gemar memeriksa telefon bimbit suami mereka.

Perbuatan tak sihat

Menerusi Instastory, isteri kepada pemain bola sepak Kebangsaan iaitu Safawi Rashid ini turut mengakui dia berasa rimas dengan tindakan tersebut kerana menganggap ia satu perbuatan yang tidak sihat

"Boleh tak jangan biasakan benda ini (periksa telefon bimbit suami)? Periksa telefon bimbit, aku rimas sungguh tau, kahwin atau belum kahwin anda ingat perkara tu sihat ke?

"Tak payah periksa, kalau dia buat benda tak elok banyak cara lain lagi Allah akan tunjuk," katanya menerusi Instastory miliknya.

Lelaki stres

Pada perkongsian yang sama, adik kepada pelakon Syatilla Melvin ini juga berkata perbuatan itu juga akan mendorong lagi lelaki untuk melakukan perkara tidak baik secara sembunyi.

"Lagi anda periksa, lagi dia rasa anda tak percaya dia. Lepas itu dia stres, dia buat sungguh-sungguh benda yang tak elok belakang anda.

“Punca sebab duk curiga sentiasa saja. Jangan cari penyakit… jaga mental sendiri tapi bukan dengan cara macam ini,” ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Saif Sulaiman Alami Demam Panas Hingga Masuk Wad, Syifa Melvin Mohon Doa - “Berkecai Hati Tengok Anak Ibu Lembik…”

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Teruja Lihat Safawi Rashid Ajar Anak Sepak Bola - “Dik Awak Tahu Tak Bapa Awak Tu Pawi”

ARTIKEL BERKAITAN: Syifa Melvin Throwback Video Prengnancy Reveal! Netizen Terhibur Gelagat Safawi Rashid - “Tak Tahu Nak Sedih Ke Gelak, Apa Lawak Sangat Pawi Ni”

Untuk rekod, Syifa mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Kebangsaan iaitu Safawi Rashid pada 28 November 2022.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Saif Sulaiman yang kini berusia setahun.
Topic Berkaitan
#Suami
#Isteri
#Syifa Melvin
#Safawi Rashid
#Telefon Bimbit
#Check hp
#Isteri spotcheck
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement