HIBURAN
Tunai Umrah, Shuib & Watie Doa Nak Dapat Zuriat - "Kami Ada Perancangan Untuk Ada Baby Baru Sebab ..."
Pelawak popular Shuib menzahirkan rasa syukur apabila dapat membawa anak-anak serta isteri tercinta, Watie Hanifiah ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah.
BERITA TRENDING: Tular Video Mesra Bersama Talita, Netizen Labelkan Watie Sebagai Ibu Tiri Terbaik - "Baiknya Walaupun..."
Kata Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, selain menunaikan umrah, dia sekeluarga berkesempatan untuk menziarah beberapa lokasi termasuk Dubai dan Jeddah.“Alhamdulillah kali ini saya dan anak-anak terpilih lagi jadi tetamu Allah. Kali ini lain sikit sebab kami ada buat trip ziarah dan umrah. Harap-harap Allah permudahkan dari segi kewangan dan pengurusan anak-anak," katanya.
Lebih manis, Shuib turut berkongsi bahawa dia dan Watie kini dalam perancangan untuk menimang cahaya mata bersama.
“Alhamdullilah, saya dan Watie ada perancangan untuk ada baby baru sebab abang dan kakaknya dah minta nak ada adik. Jantina kami tak kisah…yang penting Allah makbulkan doa kami ketika berada di sana. Doakan ye ...mana tahu ada baby Tanah Haram...doakan, amin," tambahnya.
BERITA TRENDING: Mahu Eratkan Ukhuwah Dengan Anak-Anak, Shuib Rancang Ada Zuriat Dengan Watie - "Ini Masa Yang Sesuai Untuk ..."
BERITA TRENDING: Watie Hanifiah Menangis Dapat Bunga Dari Shuib, Rasa Diri Dihargai - “Itu Bermakna Bila Dia Dekat Luar Pun Ingat Kita”
Shuib membawa kesemua anak-anak termasuk anak bongsunya, Ayash Affan, 3 tahun yang pertama kali menjejakkan kaki ke Makkah dan Madinah.“Harapan saya agar umrah kami ini mendapat umrah mabrur dan semoga Ayash juga dapat pengalaman cukup berharga buat umrah kali ini," katanya.
Sekembali ke tanah air nanti, Shuib mendedahkan bahawa beberapa projek bisnes bakal dilancarkan selain berusaha menyelesaikan komitmen hutangnya.
“Balik umrah nanti memang saya nak jalankan projek baru ini. Begitu juga dengan masalah hutang ini. InsyaAllah saya akan usaha untuk melangsaikannya. Mohon semua doa-doakan… agar saya dapat lunaskan hutang-hutang tersebut," kata Shuib lagi.
BERITA TRENDING: “Setelah Lama Daddy Tak Menangis Akhirnya…” - Matin Menangis Lawat Pusara Ibu, Shuib Gagal Tahan Air Mata
BERITA TRENDING: Anggap Shuib Suami Yang Hebat, Watie Hanifiah Pernah Jadi Seperti Netizen - “Kita Tak Ada Dalam Dunia Mereka…” Sementara itu, kata Pegawai Operasi Nuh Travel, Mohammad Adam Jalalel Din, pihak mereka telah merancang pelbagai aktiviti di Dubai, Makkah dan Jeddah.Antara pengalaman menarik ialah lawatan ke padang pasir dengan menaiki jeep serta menikmati makan malam eksklusif di tengah-tengah padang pasir. Di Jeddah pula, lawatan bersama kerjasama Saudi Tourism akan membawa mereka ke lokasi seperti Al Falah, Corniche dan Safari World.
Mereka juga dijadualkan menikmati hidangan di restoran burger terbesar di dunia yang berkeluasan 2,860 meter persegi – bersamaan kira-kira 11 gelanggang tenis.
“Restoran burger terbesar di Jeddah itu dimana kami pun tak tahu adanya restoran sebegitu ialah bila sebut Saudi je, ia lebih sinonim dengan umrah dan ziarah makam Rasulullah SAW," ujarnya.
Tambah Adam, pihaknya juga akan mengatur sesi bimbingan rohani oleh Imam Muda Hassan serta sesi tazkirah bagi melengkapi perjalanan spiritual mereka.
“Terpanggil bukan sekadar populariti mereka tapi niat baik dan niat suci Shuib nak bawa sahabat karibnya, Mamat dan isteri buat umrah itu yang buat kami terpanggil nak taja mereka semua buat umrah ke Tanah Suci," katanya lagi.
Must-Watch Video