Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Tunggu Anwar Ibrahim Sejak Awal Pagi, Agong ‘Belanja’ Pengamal Media Sarapan Pagi

Azwa Rahman
13/10/2020 10:15 MYT
Yang di Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi mencuri perhatian wargamaya apabila baginda berkenan mengagihkan sarapan pagi kepada pengamal media.

Pengamal media sudah berada sejak awal pagi di hadapan pintu 2 Istana Negara bagi membuat liputan berhubung Presiden Parti keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Baginda sebentar tadi. 

Menerusi laman sosial Istana Negara, Baginda telah mewakilkan Setiausaha Sulit Kanan Baginda, Kolonel (B) Datuk Nazim Mohd Alim untuk memberi sarapan pagi McDonalds kepada pihak media yang sudah berada di sana.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

13 Oktober 2020 - Menjunjung titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Setiausaha Sulit Kanan Baginda Kolonel (B) Datuk Nazim Mohd Alim dan Ketua Unit Komunikasi Korporat Istana Negara Encik Muzli Mohd Zin menyampaikan bungkusan sarapan pagi kepada wakil petugas media yang membuat liputan berita di luar pintu 2 Istana Negara. Seri Paduka Baginda amat prihatin terhadap tugas dan tanggungjawab pengamal media dalam menyampaikan berita yang sahih kepada rakyat. Daulat Tuanku. #istananegara #malaysia

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on


Baginda amat prihatin terhadap tugas dan tanggungjawab pengamal media dalam menyampaikan berita yang sahih kepada rakyat.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan pihak istana yang sentiasa menjaga kebajikan pengamal media. 

Malah, ini adalah salah satu cara bagi menghargai usaha pihak media yang datang sejak awal pagi bagi menjalankan tugas dan membuat liputan. 

“Masya-Allah, terbaik Tuanku,” kata seorang wargamaya.

“Baiknya Agong ni. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa Tuanku sekeluarga,” puji seorang wargamaya.

“Hamba syak ada McD dalam istana tu,” usik seorang wargamaya.

“Alhamdulillah, terima kasih Tuanku,” komen seorang wargamaya lagi.

Anwar tiba di pintu 2 Istana Negara sekitar jam 10.25 pagi menaiki kereta jenis Jaguar berwarna hitam diiringi sebuah lagi kereta jenis Volkswagen hitam bagi mempersembahkan senarai ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya.

Februari lalu, Baginda hampir setiap hari mencemar duli menyampaikan makanan tengah hari kepada pengamal media yang hadir membuat liputan di luar Istana Negara. 


 
 
 
#Agong #Istana Negara #Anwar Ibrahim