VIRAL
Tunjuk Kad Pelajar Baru Lengkap Berpangkat, Netizen Musykil... Mula Serang IG Datuk Boy Iman
Pelakon sensasi Datuk Dr. Boy Iman sekali lagi mencetuskan tanda-tanya dalam kalangan warganet apabila memuat naik foto sekeping kad pelajar miliknya di Instagram.
Tambah musykil apabila kad pelajar pelakon filem Blok 404 itu lengkap tertera nama penuh berserta pangkat Dato pada pangkal namanya.
"Dapat student card membuatkan saya rasa macam satu "semangat" yang "luar biasa" pada diri saya.
"Ini juga salah satu "azam di tahun 2019". Doakan saya habis belajar ya walaupun saya agak sibuk dengan komitmen-komitmen yang sedia ada," maklumnya.
Berdasarkan keterangan kad matrik itu, Boy Iman difahamkan menyambung pelajaran dalam bidang 'Master Eksekutif Pentadbiran Perniagaan' dipercayai di sebuah institusi pengajian yang enggan didedahkan.
"Tak perlu kot hide belajar kat mana, patut bangga kat mana kita belajar... Dan secara logik, biasa kad pelajar akan lebih formal, guna nama penuh macam dalam Ic... Tak ada letak pangkat Dato... Alahai... Takpe lah... Kesiannye," tulis salah seorang pengguna.
"Perghh ada title dato dekat kad matrik hahaha even anak sultan pun tak letak title," tambah pengguna lain.
"Dah ada PhD kenapa nak buat master lagi Dato?" soal pengguna lain pula.
Mengimbas kembali, sekitar Mac tahun lalu, Boy Iman pernah berkongsi sekeping gambar penulisan projek akademik yang telah dijilih berserta kad pelajar dari sebuah universiti tempatan.
Ketika itu tertera namanya sebagai calon Doktor Falsafah dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (Secara Penyelidikan) daripada universiti berkenaan.
Bagaimanapun, pada April 2018, pihak universiti tampil membuat kenyataan rasmi mengesahkan tiada pendaftaran atas nama Noruliman A.Rahman sebagai calon Doktor Falsafah di universiti berkenaan.
Must-Watch Video