Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Tunjuk Kepakaran Memasak, Peminat Minta Almy Nadia Buka Restoran

Kamaruddin Razal 06/03/2017 | 10:00 MYT
Selepas melahirkan anak kedua pada September tahun lalu, jarang kita mendengar berita mengenai pelakon drama bersiri Dunia Baru, Almy Nadia.
Walaupun kini sudah jarang muncul di kaca televisyen, peminat masih boleh mengikuti perkembangan terkini Almy menerusi laman sosial Instagram miliknya, @almynadia86.
Menerusi kemaskini laman sosial tersebut, Almy sering memuat naik foto masakan yang merupakan hasil air tangannya.
Selesa menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu, Almy kelihatan mempunyai bakat terpendam di dapur dan foto masakan Almy sering menjadi perhatian pengikutnya.
Menerusi komen-komen yang ditinggalkan oleh peminat Almy, ramai yang memuji kepakaran Almy memasak di dapur.
Berikut merupakan antara komen yang diterima oleh Almy:
@qharshamsuddin: Almy.. Buka restoran dear.. Dah ngam sangat menu-menu Almy tu..
@inlove_juliette: Untung @fizzfairuzofficial dapat @almynadia86 pandai memasak dan cantik
@official_rara6: Alhamdulillah. Sedapnya lauk kak @almynadia86
@shadianur: Amboi orang pompuan sekarang dah bijak yer ikat suami ikat perut die.. Itulah petua yang saya belajar.. Chaiyok wanita-wanita diluar sana masak untuk suami and family.. Ada baby lagi.. @almynadia86
@ma_zie_ana: Rajin sungguh masak.. Paling suka tengok mesti ada kerang kerangan. Lala, kerang yumyumyum.
Almy Nadia mendirikan rumah tangga dengan Fizz Fairuz pada 26 April 2014 dan dikurniakan dua orang anak, Arianna, 2 dan Aurora, 1. Mereka mengambil seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah yang kini berusia 8 tahun.
Teks oleh: Kamaruddin Razal

Ok today en suami kami @fizzfairuzofficial request nak makan nasi ayam.. jd inilah jadinya.. done for today yer.. moh kt buat kerja lain pulak.. pesanan :ayam tu bukan hangus atau hangit naa,ayam tu sbb madu dia jadi mcm tu ok.. tqqq Cc @fizzfairuzofficial ..

A post shared by Almynadia (@almynadia86) on

Ok harini lambat masak, jd ini ja yg mampu utk today.. konon2 nak off dat masak la.. hhahahahahtp bila en suami ke hulu ke hilir kat dapur,alasan nak diet,tp lapar. Ahhahahahahhaj.. last2 si isteri pun masak cepat2.. "ikan masak kicap +buncis goreng+ ikan pekasam+ ulam bendi/ peria katak+ sambal belacan+ geduaq(org penang panggil@ kerdas done alhamdulillah @fizzfairuzofficial

A post shared by Almynadia (@almynadia86) on

Today ni ja sempat nak masak.. kalutt laaaa.. hhhhah "ayam masak kurma(request by en suami @fizzfairuzofficial ) +sayur campur + kerdas (en suami yg punya ulam,smlm beli kat chow kit) + bubur nasi lemak manis tu utk arianna(nasi,brokoli,carrot,santan,sohun,pati ikan bilis.) done for today... alhamdulillah @fizzfairuzofficial

A post shared by Almynadia (@almynadia86) on

Harini bawak anak2 g klinik cucuk,soranv cucuk 2 tahun sorang cucuk 4bulan .. jf balik terus beli barang nak maska n terus rushing gila nak masak.. sbb anak kecik..NO HELPER .. jd ini ja lah yg termampu.. sotong goreng tepung tu.chef mamat yg masak.. yg lain sy yg buat k.. macehhhh ?????

A post shared by Almynadia (@almynadia86) on

Ok done masak utk today.... kebetulan mak mertua ada di rumah,jd aserom ayam tu mak mertua masak.. hahahahahahaha yg lain sy masak.. masak dlm keadaan nak cepat sbb ada anak kecik.. hahahahhaa alhamdulillah..????

A post shared by Almynadia (@almynadia86) on

#pelakon #Almy Nadia #Pelakon #Almy Nadia
;