Tunjuk Parut Pembedahan di Instagram, Peminat Doa Zara Zya Lekas Sembuh

Kamaruddin Razal
Ogos 10, 2017 08:23 MYT

Pelakon drama bersiri Tuan Anas Mikael, Zara Zya memuat naik sekeping foto yang menunjukkan kesan parut pembedahan di belakang telinganya.

Zara memuat naik foto tersebut bersama kapsyen panjang lebar di laman Instagram miliknya, @zarazya.

"Assalamualaikum... Ramai yang tanya kesihatan saya sekarang. Tak sangka ramai yang sayang eh... Hehehe terima kasih. Alhamdulillah makin baik. Dah boleh gelak-gelak happy dah. Ada sisa baki bengkak sikit je lagi. Jangan layan sangat lah kan. Saya anggap saya 100 peratus sihat.

"Kena rajin gerak-gerak kan muka je memandangkan saraf muka belum pulih sepenuhnya. Dugaan di mana saya belum mampu dapat reaksi sebenar. Jealous bila tengok orang lain perfect. Tapi hati saya kuat cakap yang ada lagi lebih teruk.

"Saya redha dan yakin akan pulih. Malaslah nak tengok cermin sangat. Ada yang bagi cadangan untuk kunyah chewing gum. Yes saya dah beli dan kunyah. Harap berjaya Insya-Allah... Semoga penyakit ini takkan kembali... Amin," tulis Zara.

Awal Julai lalu, Zara menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan kelenjar di bahagian wajahnya.

Jika ketumbuhan itu dibiarkan, ia akan menjadi lebih besar dan boleh mengakibatkan kanser serta melumpuhkan saraf di bahagian wajah.

Rata-rata peminat Zara meninggalkan komen di entri tersebut mendoakan agar aktres itu segera sembuh dan terus kuat serta tabah dalam menghadapi ujian.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

#pelakon #Zara Zya #Pelakon