Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Tupperware Diisytihar Bankrap

Gempak
23/10/2024 12:16 MYT
Tupperware Brands (Tupperware) syarikat pembuat bekas plastik dan produk dapur popular yang diisytiharkan bankrap semalam, bersetuju untuk menjual perniagaannya kepada sekumpulan pemberi pinjaman dengan harga AS$23.5 juta (RM102.1 juta) secara tunai dan lebih AS$63 juta (RM273.8 juta) dalam bentuk 'diskaun hutang'.

BERITA TRENDING: ​“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

Ia sekali gus membatalkan rancangan syarikat itu untuk melelong asetnya secara terbuka.

Tupperware mengumumkan perjanjian terbabit sewaktu sesi pendengaran mahkamah kebankrapan di Wilmington, Delaware.

Hakim kebankrapan Amerika Syarikat (AS), Brendan Shannon, berkata beliau akan segera menjadualkan sesi pendengaran mahkamah berasingan untuk mempertimbang kelulusan penjualan aset syarikat terbabit.

Jelasnya, ia langkah terbaik mengambil kira situasi sukar dan mencabar syarikat Tupperware.

Tupperware, syarikat yang berpangkalan di Orlando, Florida, memfailkan perlindungan kebankrapan bulan lalu, dengan tanggungan hutang sebanyak AS$818 juta dan mengemukakan rancangannya untuk mencari pembali dalam tempoh 30 hari.

BERITA TRENDING: ​“Patutlah Mak Hangin Kalau Hilang” - Netizen Kagum Banjir Tak Efek, Barang Simpan Dalam Tuppeware Selamat

Bagaimanapun, terdapat satu kumpulan pemberi pinjaman kepada Tupperware yang menentang rancangan penjualan syarikat terbabit, termasuk menyuarakan keinginan untuk menuntut aset.

Dengan perjanjian baharu ini, ia akan membolehkan pemberi pinjaman membeli nama jenama dan operasi Tupperware di beberapa pasaran utama, kata peguam syarikat itu, Spencer Winters, dalam pendengaran mahkamah.

Tupperware memaklumkan mereka akan memberi tumpuan awal terhadap pasaran termasuk AS, Kanada, Mexico, Brazil, China, Kore, India dan Malaysia, disusuli pasaran lain antaranya di Eropah dan Asia lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Tupperware, Laurie Ann Goldman, dalam satu kenyataan semalam berkata, syarikat akan menamatkan operasi di pasaran yang mempunyai liabiliti yang tinggi.

Semasa pendengaran mahkamah minggu lalu, Tupperware berhujah bahawa pemberi pinjaman iaitu pihak membeli Tupperware dengan diskaun tinggi tidak seharusnya dibenarkan mengeluarkan pemiutang lain.

Selain itu, mereka juga dihalang daripada mendapat manfaat daripada hasil jualan.

Di pihak pemberi pinjaman yang turut berhujah dalam sesi sama berkata, lelongan yang dicadangkan oleh Tupperware akan menghalang mereka daripada menggunakan pertukaran hutang sebagai sebahagian tawaran untuk mendapatkan aset Tupperware.

BERITA TRENDING: AJL 32: Tupperware Merah, Lalat & Nabila Razali ‘Over’ Sebab Nangis Bila Hael Menang?

Syarikat pemberi pinjaman yang kini bersedia mengambil alih Tupperware termasuk Alden Global Capital, Stonehill Institutional Partners dan Bank of America. - REUTERS

#Viral #Bankrap #Muflis #Plastik #New York #Dapur #Tupperware
;