Tupperware bukan lagi satu jenama asing bagi kalangan wanita terutamanya golongan ibu.

Bekas yang sememangnya terkenal dengan tahap ketahanan dan kekedapan udara hebat ini juga merupakan antara topik disebut netizen berkaitan dengan banjir.

Apa tidaknya, baru-baru ini tular di media sosial barang-barang atau makanan yang disimpan dalam bekas Tupperware ini masih elok digunakan selain boleh dimakan.

Paling mengagumkan netizen, walaupun bekas tersebut telah disalut dengan lumpur banjir namun bahagian dalamnya masih bersih dan tidak dimasuki air.

Disebabkan perkara itu juga, netizen juga mencoretkan komen-komen lucu di media sosial di mana mereka kini faham mengapa ibu-ibu sering marah sekiranya bekas Tupperware hilang.

Melihat kepada ketahanan Tupperware, rata-rata netizen juga mencadangkan supaya menyimpan dokumen-dokumen penting di dalam bekas tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.