,
Hiburan

Turun 14 KG Selepas Bersalin, Yana Samsudin Tidak Amalkan Senaman

Kamaruddin Razal
27/12/2016
04:18 MYT
Bentuk tubuh milik pelakon dan pengacara Yana Samsudin kembali ramping seperti anak dara selepas melahirkan anak sulungnya, Aisy Mateen pada 21 Julai lalu.
Menurut pemilik nama sebenar Norliana Samsudin, 31, dia kehilangan berat badan sebanyak 14 kilogram secara semulajadi.
"Sewaktu hamil, berat saya mencecah 70 kilogram. Kini berat badan saya 56 kilogram. Saya tidak mengamalkan apa-apa rutin senaman kerana saya melahirkan Aisy Mateen secara pembedahan.
"Berat badan saya turun secara semulajadi kerana mengamalkan proses penyusuan badan untuk Aisy Mateen," kata Yana kepada Astro Gempak.
Tidak melakukan sebarang senaman, Yana mengamalkan cara pemakanan yang sihat untuk mengurangkan berat badannya.
"Walaupun saya tidak bersenam, saya mengawal pemakanan saya. Selain untuk diri sendiri, saya juga mengamalkan pemakanan sihat untuk anak saya.
"Bagi saya, apa yang penting adalah kesihatan anak kerana dia masih bergantung dengan susu ibu. Alhamdulillah, Aisy Mateen semakin membesar dan saya bersyukur dia sihat-sihat sahaja," katanya lagi.
Dalam perkembangan terbaru, Yana baru sahaja muncul dengan filem Happy Birth Death yang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 22 Disember.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sedih Tengok Keadaan Anak Yana Samsudin, Garu Leher Sampai Berdarah - “Bukan Eczema Tau…”

gempak
18/06/2024
09:55 MYT
Hati ibu mana yang tidak sedih apabila melihat keadaan bayinya yang mengalami masalah kulit yang teruk sehingga menggaru sampai berdarah.
Hiburan

Yana Samsudin Selamat Bersalin, Terharu Suami Buat Kejutan - “Dia Nak Saya Berehat, Tak Terfikir Akan Berpantang Di…”

gempak
12/01/2024
03:00 MYT
Bestnya suami bagi kejutan macam ni lepas bersalin.
Laman Utama

Alahan Teruk, Yana Samsudin Kini Hamil 6 Bulan - "Saya Diuji Dengan Influenza A Ketika ..."

gempak
21/10/2023
01:00 MYT
Yana Samsudin pernah keguguran tiga kali.
Laman Utama

"Pasu Tu Bukan Di Tangan Saya, Tiba-Tiba Terhempas & Pecah" - Yana Samsudin

gempak
17/04/2023
07:54 MYT
Yana pun cedera kena serpihan pasu pecah.
Laman Utama

Penerbit Buka Mulut Isu Yana Pecahkan Pasu Aliff Syukri - "Ia Berpunca Dari Salah Faham..."

gempak
16/04/2023
03:55 MYT
Salah faham?
BorakSeeni