Kes harian negara menunjukkan peningkatan dengan 4,083 kes dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 2,715,847.

Menerusi kemas kini yang dikongsikan di laman Facebook, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW:https://covidnow.moh.gov.my . Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, netizen menerima angka kes positif COVID-19 dengan hati yang terbuka

“Alhamdulillah. Kita tahu jumlah kes harian akan sentiasa ada turun naiknya. Entah sampai bila, tidak ada siapa pun antara kita yang boleh tentukan dgn tepat.

“KKM sudah berusaha memberi yg terbaik. Rakyat Malaysia juga dah beri kerjasama terbaik. Kita terus patuh, berdoa, jangan putus asa kerana semua ini atas kehendak Allah jua,” tulis seorang pengguna Facebook.

Dalam perkembangan lain, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesan 11 kes COVID-19 yang berpunca daripada varian Omicron.