Siapa tak kenal Sharifah Sakinah, tak pedulikan kata-kata netizen pelakon itu kembali menuai perhatian menerusi foto terbaharu berendam dalam bathtub dengan gaya menggoda.

Dalam foto berkenaan, Sakinah menampakkan sebahagian badan dengan dipenuhi buih sabun.

Kata Sakinah, 32, dia sudah kembali ke set penggambaran selepas sekian lama berehat.



Seperti yang dijangka, perkongsian foto Sakinah itu kurang disenangi pengikutnya sehingga ramai yang meninggalkan komen pada hantaran tersebut.

Rata-rata mula menjadi ustazah dan ustaz segera dalam menasihati pelakon tersebut biarpun Sakinah tidak memberi sebarang respon. Malah, banyak juga akaun palsu yang muncul meninggalkan komen nakal.

Selain komen negatif, ramai juga peminatnya yang mengingatkan Sakinah agar menjaga aib keluarga dan diri sendiri.

"Saya tak tahulah sama ada layak untuk tegur awak, tapi sebagai wanita muslim saya nak beri teguran untuk sentiasa beringat, kita ada auratnya dan ada sebab kenapa kita perlu tutup aurat," tulis seorang pengguna.

"Miss, tak takut murka Tuhan ke?" tambah pengguna lain.

"Lebai JAIS tak geram ker tengok Sakinah mandi ni. Asyik geram ke Sajat je," tulis individu lain pula.

Sumber: Instagram @sharifah_sakinah

Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
!Telegram Gempak***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran