Laman Utama

Tutup Jalan Utama Di Jakarta & Guna 50 Biji Kereta! Produser Filem Dedah Proses Penggambaran Mencuri Raden Saleh

Shahrin Zulkifle
21/09/2022
15:48 MYT
Filem aksi heist Indonesia yang dinanti-nantikan, Mencuri Raden Saleh akhirnya menemui penonton di seluruh pawagam Malaysia bermula esok, 22 September.
Filem bertemakan kisah rompakkan arahan Angga Dwimas Sasongko itu membariskan pelakon-pelakon muda berbakat besar dari seberang seperti, Iqbaal Ramadhan, Angga Yunanda, Aghniny Haque, Rachel Amanda, Umay Shahab dan Ari Irham.
Difahamkan, naskhah tersebut telah mengambil masa selama empat tahun secara keseluruhannya.

Mengikut SOP

Menurut laporan Kompas.com, penggambaran dijalankan sewaktu badai Covid-19 melanda negara tersebut.
Produksi filem berkenaan telah memilih kawasan di sekitar Jakarta Selatan sebagai lokasi penggambaran Mencuri Raden Saleh.
Tambah portal itu lagi, kesemua barisan pelakon dan team produksi yang terlibat dalam filem berkenaan hendaklah melalukan ujian saringan Covid-19 terlebih dahulu sebelum kerja-kerja penggambaran dijalankan.
Selain itu, mereka diwajibkan menggunakan pelitup muka sepanjang proses penggambaran filem Mencuri Raden Saleh berlansung.

Melibatkan 50 Biji Kereta

Sementara itu, produsernya, Crsitian Imanuell memaklumkan sebanyak 50 biji kereta telah digunakan di salah sebuah adegan dalam filem terbitan Visinema Pictures, Jagartha, Blibli itu.
“Mencuri Raden Saleh merupakan filem berskala besar yang pernah saya pegang, akhirnya penggambaran filem ini sampai pada adegan kemuncaknya, iaitu adegan yang melibatkan 50 biji kereta.
“Untuk adegan tersebut, saya dan team telah menyiapkan kereta-kereta itu di set produksi.
“Kami juga telah menutup beberapa kawasan dan jalan raya yang sememangnya sibuk dan sering digunakan oleh penduduk setempat di kawasan Jakarta,” lapornya kepada portal berkenan.
Sinopsis
Filem Mencuri Raden Saleh mengisahkan tentang enam remaja yang mempunyai kepakaran berbeza (The Painter, The Mastermind, The Brute, The Negotiator, The Handyman, The Driver) bergabung dan merancang untuk merompak sebuah lukisan karya Raden Saleh atas arahan seorang yang berpengaruh dan berkuasa.
Namun, misi mereka telah dikhianati dan tanpa diduga kesemua mereka menjadi buruan polis. Justeru, mereka nekad untuk membalas dendam dengan mencuri kembali lukisan Raden Saleh serta membersihkan kembali nama baik mereka.
Saksikan Mencuri Raden Saleh bermula 22 September ini di seluruh pawagam Malaysia dan turut mengikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
goldmovie

#Gold: Gemuk & Kuruskan Diri Dalam Masa Singkat, Jack Tan Berusaha Keras Jayakan Watak Cheah Liek Hou

gempak
12/07/2024
12:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Jack Tan berkongsi perubahan bentuk badannya dalam menjayakan watak Cheah Liek Hou menerusi filem Gold.
goldmovie

#Gold: Terpilih Jayakan Watak Rashid Sidek, Farid Kamil Akui Rasa Bangga - “Saya Sangat Bersyukur Apabila Dipilih”

gempak
05/07/2024
09:55 MYT
Pelakon, Farid Kamil menzahirkan rasa syukur setelah namanya dipilih memainkan watak sebagai Rashid Sidek menerusi filem Gold.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Laman Utama

Pemenang Utama ‘Mirinda Riang Raya & Menang Bersama-Sama The Experts’ Terkejut Dapat Kereta Proton X50 - “Kira Macam Hadiah Hari Jadi Saya”

gempak
02/07/2024
04:55 MYT
Pemenang utama kempen ‘Mirinda Riang Raya & Menang Bersama-Sama The Experts’ iaitu Mohd Zaki Hassan, 41 melahirkan rasa syukur apabila menerima hadiah sebuah kereta jenama Proton X50.
Filem

#Gold: Baru Sahaja Keluar Trailer, Ramai Tak Sabar Nak Tengok - "Abang Teh Punya Filem Mesti Kena Tengok!"

gempak
26/06/2024
08:25 MYT
Walaupun baru sahaja trailer dikeluarkan, namun rata-rata netizen sudah mula menyatakan rasa tidak sabar untuk menonton filem Gold.