Gempak logo
Breaking news banner
Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
TERKINI

Tutup Muka Guna Kain Tuala, Pelawak Disyaki Miliki Ganja Tiba Di Mahkamah Menaiki Kenderaan Polis

article-author-avatar
Ernalisa 20/12/2024 | 01:36 MYT
Tutup Muka Guna Kain Tuala, Pelawak Disyaki Miliki Ganja Tiba Di Mahkamah Menaiki Kenderaan Polis

Pelawak lelaki yang disyaki memiliki ganja seberat 60.3 gram tiba di Mahkamah Sesyen Dan Majistret Sepang kira-kira 9.05 minit pagi Jumaat dengan menaiki kenderaan polis.

Pelawak berkenaan yang mengenakan baju lokap bewarna jingga dilihat menutup mukanya dengan kain berwarna kelabu.
Dia dibawa ke mahkamah pagi ini bagi pendengar pertuduhan keatasnya kerana disyaki memiliki ganja di sebuah kediaman di Cyberjaya pada Sabtu lalu.
Pelawak berusia 41 itu ditahan kira-kira oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang kerana disyaki memiliki dedaun kering disyaki ganja seberat 60.3 gram.
Ujian air kencing yang dilakukan terhadap artis lelaki itu juga mendapati suspek positif dadah jenis THC.
Pelawak yang juga seorang pelakon itu mendapat perintah lanjut reman selama empat hari selepas tempoh lima hari reman tamat pada Khamis.
Isteri kepada pelawak itu juga dilaporkan akan berjuang menuntut keadilan untuk suaminya.

Suspek tiada rekod lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 39(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara seumur hidup atau tidak kurang daripada lima tahun dan dikenakan tidak kurang 10 sebatan.

#pelakon #Pelawak #Ganja