SMK Musim 2 sudah sampai ke penghujung.

Episod terakhir malam ini akan menceritakan tentang kesinambungan Malam Bakat yang menunjukkan usaha sama setiap ahli kumpulan bagi mengumpulkan sebuah dana.

BACA: Veena & Alya Gaduh Dalam SMK 2! Masalah Besar Pula Muncul ..

Kisahnya, terdapat kebocoran di bilik mandi kanak-kanak lelaki dan sekolah harus memperbaikinya. Kebocoran itu menyebabkan tidak ada dana untuk pertunjukan bakat.

Kumpulan itu memutuskan untuk mengambil alih masalah tersebut dengan mengumpul dana sendiri, sejumlah RM5,000 kecuali Veena dan Alya.

Mereka berpendapat bahawa mustahil untuk mengumpulkan wang sebanyak itu pada waktu singkat.

Pada akhirnya, kumpulan itu hanya berjaya mengumpulkan RM2,500, tetapi ternyata, Veena dan Alya secara rahsia telah mengumpulkan dana sendiri. Masih tidak mencukupi.

Puan Bariah kemudian mendedahkan bahawa dia hanya bergurau dengan wang tunai RM5,000.

Ternyata kumpulan itu telah berjaya mengumpulkan lebih banyak wang untuk pertunjukan bakat itu diteruskan. Rancangan YouTube Live mereka akhirnya menjadi hit!

Sementara itu, tahniah kepada SMK Animasi Pendek kerana berjaya mendapat hampir 200,000 tontonan selepas empat hari menayangkan cerita Si Mal Kantoi.



Yang lebih membanggakan, Si Mal Kantoi telah trending dan menduduki carta yang ke-39!

Jadi, ajak ramai-ramai untuk tonton Si Mal Kantoi di Youtube Astro Ceria.



Dan juga, jangan lupa saksikan SMK Musim 2 episod akhir, jam 9 malam di Astro Ceria (CH631) dan Ceria HD (CH611).

Musim terbaharu ini juga boleh distrim melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand.

A post shared by SMK OFFICIAL (@smk.kita)