Pejam celik, pejam celik, SMK Musim 2 hanya berbaki dua episod lagi.

Malam ini, episod 12 akan mengisahkan Malam Bakat Bahagian Pertama yang menyaksikan bagaimana mereka mengatasi perbezaan antara rakan di samping belajar untuk melepaskan dan mempercayai sesama rakan.

Begini kisahnya. Kelas telah dipilih untuk menganjurkan pertunjukkan bakat! Mereka berasa gembira.

Veena dipilih sebagai penganjur, dan Alya memilih dirinya sebagai pembantu Veena.

Namun, Alya akhirnya menjadi pengurus mikro dan mengatasi Veena, menyebabkan pertelingkaran berlaku dalam persahabatan mereka.

Apabila poster uji bakat tidak dihantar tepat pada waktunya, menyebabkan masalah besar muncul dalam melaksanakan pertunjukan bakat. Gadis-gadis tetiba 'fallout'.

Alya kemudian meminta maaf kepada Veena dan berjanji akan bekerja sebagai satu pasukan sejak itu. Tiba-tiba, Puan Bariah mengumumkan bahawa persembahan bakat dibatalkan!

Alamak, apa agaknya yang berlaku selepas itu?

A post shared by Astro Ceria (@astroceria)


Jangan lupa saksikan musim terbaharu SMK pada setiap Rabu, jam 9 malam di Astro Ceria (CH631) dan Ceria HD (CH611)!

Musim terbaharu ini juga boleh distrim melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand.