,
Hiburan

Tweet Fizo: Datuk Seri Vida Tidak Kisah, Telan Semua Kritikan

Ahmad Shah
15/12/2015
11:04 MYT
Pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida mengaku sudah lali dengan kritikan yang dilemparkan kepadanya.
Terbaru, pengasas produk Pamoga dan Qu Puteh itu telah dikaitkan dengan status yang dimuat naik pelakon Fizo Omar di laman Twitter.
Menerusi kemaskini yang dimuat naik pada malam Ahad baru-baru ini, Fizo telah menulis “Potong stim la tengok #gegarvaganza ni...Nak tengok otai-otai menyanyi, bukannya...” Walaupun Fizo tidak mengaitkan sesiapa menerusi entri tersebut, rata-rata pengguna twitter mengandaikan ia ditujukan kepada Datuk Seri Vida yang juga penaja utama Gegar Vaganza.
Mengulas tentang perkara tersebut, Datuk Seri Vida memberitahu dia terkejut pada awalnya tetapi tidak mengambil peduli mengenainya.
“Pada malam Ahad lalu selepas berakhirnya konsert Gegar Vaganza, seorang rakan telah menunjukkan kepada saya entri tersebut ketika majlis sidang media.
“Tatapi saya kata kepada rakan tersebut, mungkin ia bukan untuk saya. Tetapi, kalau benar pun ia ditujukan untuk saya, saya tidak kisah.
“Lagipun saya sudah lali dengan kritikan. Saya telan semuanya,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak.
Tambahnya lagi, dia terbuka menerima apa sahaja kritikan dan pandangan kerana yang penting adalah nawaitu.
“Nawaitu saya cuma satu...Saya hanya ingin berniaga dan mempromosikan produk saya. Saya dan produk tidak dapat dipisahkan.
“Biar apa pun orang kata tentang saya, itu adalah diri saya. Jika orang faham tentang perniagaan, dia akan faham juga tentang strategi orang berniaga.
“Saya sudah lama berniaga. Alhamdulillah produk saya laris selepas saya ubah cara promosi. Sambutan terhadap produk Pamoga dan Qu Puteh juga luar biasa.
“Jika mahu berjaya, kita peru sentiasa tampil dengan kelainan dan berani membuat perubahan. Saya bersyukur kerana akhirnya produk saya diterima dan tagline “Qu Puteh, Qu Puteh..Barulah Puteh” juga turut meniti dibibir masyarakat. Alhamdulillah...mujur ada Pamoga,” ujarnya positif.
Teks Oleh: Hafiza Kamarudin
Foto: Instagram @datoserivida
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pakai Topi Tertera Huruf ‘R’, Posting Aliff Aziz Curi Tumpuan Netizen

gempak
19/10/2024
03:58 MYT
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz meraih tumpuan apabila tampil memuat naik gambar memakai topi yang tertera huruf ‘R’
Hiburan

Video Fattah Amin Tentang Pesanan Ayah Kembali Tular - “Jangan Pernah Khianati Isteri”

gempak
16/10/2024
04:25 MYT
Tular satu video di TikTok memaparkan pelakon, Fattah Amin berkongsi pesanan yang diberikan ayahnya, Mohd Amin Musa.
Hiburan

Tak Sebelah Mana-Mana Pihak, Fasha Sandha Doakan Yang Terbaik Buat Fazura-Fattah

gempak
14/10/2024
08:25 MYT
Pelakon, Fasha Sandha berkongsi pendapatnya berkaitan pengakhiran kisah rumah tangga sahabat baiknya, Nur Fazura dan Fattah Amin yang sah bercerai pada 7 Oktober lalu.
Viral

Jofliam Tegur Cik Epal, Minta Jaga Maruah Ketika Tempoh Iddah - "Sejak Cerai, Tinggalkan Anak, Tak Tahu Pergi Mana"

gempak
14/10/2024
04:30 MYT
Pempengaruh dan usahawan, Jofliam tampil menegur tindakan bekas isterinya, Cik Epal agar menghormati tempoh iddah.
Hiburan

Isu Sindir Menyindir Dalam Industri Hiburan, Uyaina Tampil Titip Nasihat - “Fokus Lebih Kepada Perkembangan Diri”

gempak
13/10/2024
14:55 MYT
Memenangi trofi sebagai Pengacara TV Popular Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36), selebriti versatil Uyaina Arshad menitipkan nasihat supaya memberhentikan sikap sindir-menyindir antara satu sama lain.
BorakSeeni